Tuesday, November 2, 2010

Data SMM : Penghantaran Terakhir 2010


Menjelang 9 November 2010, saya telah diarahkan untuk menghantar Data SMM SK Seri Makmur kepada JU Data SMM di Pejaat Pelajaran Daerah Sabak Bernam. Itulah rutin saya sebagai guru data SMM.

Penghantaran pada bulan November biasanya merupakan penghantaran terakhir pada setiap tahun. Apa yang saya harapkan, data yang bakal saya hantar nanti tidak menimbulkan sebarang masalah. Harapan saya juga agar tidak ada aplikasi baru yang bakal diberi. Justeru setiap tahun biasanya ada sahaja aplikasi baru di mana sekiranya ada, ia akan menyebabkan saya akan mendapat penambahan kerja. Tambahan pula jika aplikasi Semak baru yang diberi. Sah kerja penyemakan akan menjadi bertimbun.

Apa-apa pun, setakat ini, saya yakin data yang bakal saya hantar amat baik. Jika ada ralat yang timbul, biasanya ralat yang sah...di mana ralat tersebut memang tidak dapat untuk dibetulkan. Bagi JU-JU Data SMM pula, mereka kini tidak lagi begitu runsing dengan Data SMM SK Seri Makmur tetapi mereka lebih runsing dengan data SMM dari beberapa buah sekolah kecil yang didapati datanya begitu banyak mengandungi ralat.

Sebenarnya untuk mendapat sebuah data yang cantik, perlu kepada komitmen yang tinggi. Ditambah dengan minat dan keikhlasan dengan kerja yang diamanahkan. Sesebuah data itu tidak dapat dimurnikan jika hanya dengan mengeluh dan terus mengeluh tanpa berbuat sesuatu. Dua tahun lepas pun saya begitu, sering mengeluh kepenatan dan keletihan menguruskan data ini. Namun dengan bantuan, kerja sama dan dorongan kawan-kawan memberikan saya semangat untuk terus membaiki data sekolah ini. Dan akhirnya data yang terhasil adalah seperti yang ada pada hari ini...InsyaAllah saya yakin data kita adalah antara yang terbaik di daerah ini.

Terima kasih kepada semua yang sering membantu. 'DATA KITA TANGGUNGJAWAB KITA'

No comments: