Saturday, November 13, 2010

UPSR 2010: Apa Yang Istimewanya....



Dalam kegembiraan semua warga SK Seri Makmur meraikan kejayaan 44 orang calon 5A dan 22 orang calon 4A dalam UPSR yang lepas, mungkin kita tidak perasan bahawa salah seorang calon UPSR SK Seri Makmur pada tahun ini adalah murid dari Kelas Pendidikan Khas.

Buat pertama kalinya, seorang murid dari Kelas Pendidikan Khas SK Seri Makmur telah didaftar bersama 189 orang calon yang lain untuk menduduki peperiksaan tersebut. Walaupun adik Muhammad Amirul Hakeem bin Azmani adalah murid dari Kelas Pendidikan Khas, tetapi dia telah berjaya lulus dalam peperiksaan tersebut dengan mendapat keputusan 3A, 2B. Tahniah diucapkan kepada Adik Amirul Hakeem di atas kejayaan anda.

Walaupun anda tidak mendapat 5A, namun anda juga menyumbang kepada peningkatan peratus sekolah ini daripada 76 % kepada 85.79 %. Tahniah daripada semua warga SK Seri Makmur. Teruskan usaha anda agar memperolehi kejayaan yang lebih cemerlang di masa akan datang.

No comments: