Thursday, April 26, 2012

Ragbi Rimau : Sabak Bernam Juara Peringkat Negeri Selangor 2012

26 April 2012 (Khamis) : Kontinjen Ragbi Rimau Sabak Bernam telah membawa pulang pingat cup apabila muncul sebagai johan cup dalam Kejohanan Ragbi Rimau MSS Selangor 2012.
Kejohanan tersebut berlangsung selama dua hari, bermula 22 - 23 April 2012 di SMK Teknik, Sepang. Sebanyak 10 buah pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.
Dalam perlawanan akhir itu, Sabak Bernam telah berjaya menewaskan pasukan tuan rumah Sepang, dengan try 22 berbalas 15. Di peringkat separuh akhir pula Sabak Bernam menundukkan Gombak dengan try 27 - 20. Pada peringkat suku akhir Sabak Bernam menewaskan Hulu Langat dengan try 27 - 0.
Kehadiran En Baharudin Abd Majid, Penolong Penyelia Sukan PPD Sabak Bernam beberapa minit sebelum perlawanan bermula telah menaikkan semangat kontinjen Sabak Bernam.

No comments: