30.9.2010 Khamis- Hari ini berlangsung Majlis Persaraan En. Mohd Aini bin Basri GPK Kokurikulum SK Seri Makmur. Bermula 20 September 2010 beliau telah mengakhiri perkhidmatan beliau dalam bidang pendidikan.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh adik Mohd Amirul Hakim bin Azmani.
Diikuti dengan ucapan oleh En. Mohd Multazam Khair bin Mohd Ahpandi GPK Kurikulum SK Seri Makmur mewakili Guru Besar..
Kemudian diikuti oleh ucapan wakil Pegawai Pelajaran Daerah Sabak Bernam En Abu Hassan bin Dollah.
Sebelum ucapan yang diraikan, telah dipersembahkan tayangan slaid biodata yang diraikan sepanjang perkhidmatan beliau sebagai seorang pendidik.