Thursday, September 2, 2010

Sumbangan Kepada Pelajar Yatim dan Miskin


2.9.2010 Khamis : Satu majlis ringkas telah diadakan di dewan SK Seri Makmur bagi menyampaikan sumbangan kepada pelajar yatim dan miskin sempena sambutan Aidil Fitri yang bakal menjelma pada minggu depan.

Guru Besar SK Seri Makmur Pn. Hjh. Hasnah binti Marwan telah menyampaikan sumbangan tersebut. Semoga sedikit sumbangan yang dihulur ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang menerima. Terima kasih kepada semua yang sudi menghulurkan derma tersebut.

No comments: