Wednesday, September 29, 2010

Majlis Persaraan En. Mohd Aini Basri GPK Kokurilum SK Seri Makmur


30.9.2010 Khamis- Hari ini berlangsung Majlis Persaraan En. Mohd Aini bin Basri GPK Kokurikulum SK Seri Makmur. Bermula 20 September 2010 beliau telah mengakhiri perkhidmatan beliau dalam bidang pendidikan.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh adik Mohd Amirul Hakim bin Azmani.

Diikuti dengan ucapan oleh En. Mohd Multazam Khair bin Mohd Ahpandi GPK Kurikulum SK Seri Makmur mewakili Guru Besar..
Kemudian diikuti oleh ucapan wakil Pegawai Pelajaran Daerah Sabak Bernam En Abu Hassan bin Dollah.
Sebelum ucapan yang diraikan, telah dipersembahkan tayangan slaid biodata yang diraikan sepanjang perkhidmatan beliau sebagai seorang pendidik.Ucapan En. Mohd Aini bin Basri
Antara para jemputan yang turut hadir meraikan En. Mohd Aini, terdiri daripada GPK Kokurikulum sekolah daerah Sabak Bernam.
Persembahan nasyid oleh pelajar SK Seri Makmur.
Selepas majlis penyampaian cenderamata, para hadiran dijemput ke kantin untuk menikmati jamuan.

Sedang menikmati jamuan.
En. Mohd Aini sedang bersalamatan dengan para guru.

Bersalaman dengan murid-murid SK Seri Makmur
Melambaikan tangan tanda ucapan selamat tinggal kepada warga SK Seri Makmur.

Sunday, September 19, 2010

Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2010


Esok, 21 September 2010 akan berlangsungnya Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2010. Peperiksaan ini akan diadakan selama tiga hari serentak di seluruh negara. Bagi SK Seri Makmur, seramai 190 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut.


Sebanyak dua buah pusat peperiksaan telah dibuka. Dua buah dewan dan beberapa buah kelas digunakan sepanjang peperiksaan berlangsung.

Bagi kami guru-guru dan seluruh warga SK Seri Makmur mendoakan agar semua calon dapat menjawab soalan dengan bersungguh-sungguh. Segala usaha yang telah dilaksanakan diharap menghasilkan keputusan yang cemerlang. Tambahan pula pada tahun ini segala misi dan visi sekolah perlu mencapai sasarannya pada tahun 2010 ini.


Akhirnya diucapakan SELAMAT MENGHADAPI UPSR...dan mendapat .....

Saturday, September 18, 2010

Program Kurung


Pelik juga bunyi tajuk intri saya kali ini. Sebenarnya program kurung ini adalah satu program yang dilaksanakan khas kepada murid-murid tahun 6. Calon-calon UPSR ini telah hadir ke sekolah bermula dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 5.30 petang. Oleh sebab mereka tidak pulang pada waktu tengah hari, maka mereka dianggap telah dikurung di kawasan sekolah.

Itulah usaha yang dilakukan oleh guru-guru Tahun 6 selama 4 hari bermula dari hari Selasa 14 September 2010 hingga 17 September 2010. Pengorbanan yang dilakukan oleh guru-guru Tahun 6 dan murid-murid Tahun 6 ini sangat mengkagumkan saya. Mereka berkorban bukan sahaja cuti sekolah malahan mereka sanggup mengajar dan belajar walaupun orang lain sedang bergembira bercuti dan merayakan Aidil Fitri.


Semoga kerja keras dan komitmen yang begitu tinggi yang dilakukan oleh mereka akan menghasilkan impak yang membanggakan. Kami mendoakan agar semua calon UPSR 2010 akan menghadapai UPSR 2010 yang akan berlangsung pada 21 September 2010 hingga 23 September 2010 dengan tenang dan dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukankan dengan baik dan bersungguh-sungguh. Semoga anda semua meneruskan kesinambungan kecemerlangan sekolah ini yang telah dijana oleh generasi terdahulu.

Akhirnya, kepada 190 orang calon UPSR SK Seri Makmur 2010 diucapkan selamat 'Menghadapi Peperiksaan UPSR' Kejayaan anda kebanggaan kami.

Thursday, September 2, 2010

Dari Jauh Kupohon Kemaafan



Sempena kehadiran lembaran ini...saya memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali diri ini. Diucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Ingatan tulus ikhlas daripada:

Zainon Abidin bin Musa
Robiah binti Romli
Muhammad Zaid bin Zainon Abidin
Muhammad Khairul Aiman bin Zainon Abidin
Muhammad Firdaus bin Zainon Abidin
Muhammad Khairul Rasyid bin Zainon Abidin

Sumbangan Kepada Pelajar Yatim dan Miskin


2.9.2010 Khamis : Satu majlis ringkas telah diadakan di dewan SK Seri Makmur bagi menyampaikan sumbangan kepada pelajar yatim dan miskin sempena sambutan Aidil Fitri yang bakal menjelma pada minggu depan.

Guru Besar SK Seri Makmur Pn. Hjh. Hasnah binti Marwan telah menyampaikan sumbangan tersebut. Semoga sedikit sumbangan yang dihulur ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang menerima. Terima kasih kepada semua yang sudi menghulurkan derma tersebut.

Pengisian Bulan Kemerdekaan


2.9.2010 Khamis, Hari ini beberapa aktiviti telah dijalankan bagi mengisi Sambutan Bulan Kemerdekaan. Bagi Sesi petang, telah dijalankan pertandingan pakaian tradisional dan nyanyian lagu patriotik.





Wednesday, September 1, 2010

Mari Bercuti

Cuti-cuti yang bakal diharungi oleh warga SK Seri Makmur:

1. Cuti Pertengahan Penggal 2 - 4 September 2010 hingga 12 September 2010

2. Cuti sempena Hari Raya Aidil Fitri - 13, 14, dan 15 September 2010.

3. Hari Penubuhan Malaysia - 16 September 2010

Sekolah dibuka semula pada hari Jumaat 17 September 2010



Sesi Penggiliran Cuti dan Persekolahan Semasa Peperiksaan UPSR 2010

1. 21.9.2010 Selasa Sesi Pagi Tahun 5, Sesi Petang Tahun 3

2. 22.9.2010 Rabu Sesi pagi Tahun 4, Sesi Petang Tahun 2

3. 23.9.2010 Khamis Sesi Pagi Tahun 5, Sesi Petang Tahun 1