Thursday, January 13, 2011

Selamat Datang GPK Petang ke SK Seri Makmur

Cikgu Abdul Samad Ismail dari kiri.
Hari ini saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada rakan seperjuangan saya, Cikgu Abdul Samad bin Ismail. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai GPK Petang SK Seri Makmur. Semoga beliau tidak menolak tawaran tersebut dan dapat melaporkan diri secepat yang mungkin bagi melicinkan lagi pentadbiran sesi petang.

Beliau adalah rakan yang saya kenali sejak bergelar guru pelatih di Maktab Perguruan Seri Kota. Kami pernah tinggal serumah sewaktu di maktab. Kemudian, kami ditemukan kembali di SK Pasir Panjang. Di sekolah ini, kami digandingkan bersama dalam team guru Tahun 6. Kegigihan, kerajinan dan ketekunan beliau telah menjadikan beliau terus kekal sebagai guru Tahun 6 hingga sekarang.

Walaupun saya berpindah sekolah, tetapi kami sering bertemu ketika menghantar Data SMM kerana beliau juga merupakan guru data di SK Pasir Panjang. Pengalaman dalam bidang data-mendata ini tentu boleh dimanfaatkan apabila beliau menjejakkan kami ke dunia SK Seri Makmur. ( Jangan takut..kami tak lantik kau jadi guru data di SKSM ni)

Dan...apabila beliau menjadi GPK Petang di SK Seri Makmur sudah tentu kami akan bertemu lagi...bertugas di atas satu bumbung. Yang penting saya dan beliau sudah tahu cara kerja masing-masing. walaupun beliau merupakan junior saya samasa di maktab, tetapi apabila berada di sini nanti..saya tetap menghormati beliau sebagai ketua saya ( Saya yang menurut perintah) he..he..he...

Akhirnya saya mengucapkan "Selamat Datang buat Cikgu Abdul Samad ke SK Seri Makmur"

No comments: