Friday, August 19, 2011

Majlis Berbuka Puasa dan Sembahyang Hajat 2011


18 Ogos 2011 (Khamis): Telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa dan Sembahyang Hajat khas untuk calon-calon UPSR 2011.

Program bermula pada pukul 6.00 petang dimulai dengan acara perasmian surau Saidina Abu Bakar iaitu surau SK Seri Makmur yang telah siap dibaikpulih.

Kemudian diikuti dengan acara bacaan tahlil untuk arwah-arwah ibu bapa kakitangan warga SK Seri Makmur.

Selesai majlis tahlil dan doa selamat, semua tetamu menikmati juadah berbuka puasa tepat jam 7.29 malam.

Selepas sembahyang fardu Maghrib, diadakan pula bacaan surah Yassin dan sembahyang hajat.

Sembahyang sunat Tarawih sebanyak 8 rakaat telah dilaksanakan sebelum majlis bersurai. Imam Masjid Jamek Makmuriah dijemput mengetuai aktiviti ini.

Kehadiran ibu bapa penjaga murid-murid Tahun 6, AJK PIBG dan warga sekolah amat menggalakkan dan diucapkan terima kasih di atas kerja sama semua pihak.

No comments: