Saturday, October 1, 2011

Perkhemahan Perdana 2011


2 Oktober 2011 (Ahad): Satu Perkhemahan Perdana 2011 telah diadakan di SK Seri Makmur. Perkhemahan ini telah berlangsung dari 30 September 2011 hingga 1 Oktober 2011 (Jumaat hingga Sabtu). Seramai 248 orang murid yang terdiri daripada murid Tahun 4 dan Tahun 5 telah mengikuti perkhemahan ini.


Sebanyak lima unit beruniform telah menyertai perkemahan ini yang terdiri daripada Pasukan Pengakap Kumpulan 17 Sungai Besar, Pasukan Bulan Sabit Merah, Pasukan TKRS, Tunas Puteri dan Puteri Islam.


Di samping murid-murid SK Seri Makmur, perkhemahan ini juga turut disertai oleh peserta dari SK Sungai Limau, SK Sungai Hj Dorani, SK Seri Utama dan SK Panchang Bedena. Justeru itu pihak PPD Sabak Bernam telah mengiktiraf perkhemahan ini sebagai perkhemahan peringkat daerah dan sijil penyertaan yang diperolehi telah dikeluarkan oleh pihak PPD Sabak Bernam.


Pelbagai aktiviti telah dijalan sepanjang perkhemahan ini. Antaranya membuat gajet, mendirikan khemah, masakan, pertolongan cemas, dan ikatan.

Dalam perkhemahan ini juga, setiap unit beruniform telah diberi satu slot khas untuk mendapatkan lencana bagi setiap ahli perkhemahan. Murid-murid yang berjaya melepasi ujian yang dijalankan akan dianugerahi lencana kemahiran.


Pada hari kedua perkhemahan, aktiviti dikendalikan oleh Jurulatih dari Pusat Kokurikulum Negeri Selangor. Seramai sepuluh orang Jurulatih telah bertungkus lumus menjalankan aktiviti flying fox dan paint ball.


Pada sebelah petang pula aktiviti kemasyarakatan telah dijalankan. Alhamdulillah aktiviti perkhemahan ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang dikehendaki.

Majlis Perasmian Penutup aktiviti perkhemahan ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Seri Makmur iaitu Puan Hajjah Hasnah binti Marwan.

No comments: