Tuesday, November 22, 2011

Lawatan Ke Melaka


21 Nov. 2011 (Isnin) : Satu program lawatan sambil belajar ke negeri Melaka telah dianjurkan oleh SK Seri Makmur. Lawatan ini disertai oleh murid-murid yang termasuk dalam kategori asnaf. Lawatan ini ditanggung sepenuhnya oleh Pusat Zakat Selangor.


Sebanyak dua buah bas digunakan untuk membawa murid-murid ke Melaka. Di antara tempat-tempat yang dilawati ialah Perigi Hang Tuah, Bangunan A Famosa dan sekitarnya, menyusuri sungai Melaka dengan menaiki bot yang disediakan, Muzium Samudera, Muzium TLDM dan tidak ketinggalan murid-murid diberi peluang menaiki Menara Taming Sari untuk melihat persekitaran Bandar Melaka dari ketinggian 110 meter.


Sebelum pulang, mereka juga melawat Muzium Lebah dan Taman Rama-rama. Semua murid kelihatan ceria walaupun agak keletihan.

Nama Melaka berasal daripada nama pokok Melaka


Menara Taming Sari menjadi tarikan kepada pelancong. Pelancong dapat melihat persekitaran bandar Melaka dari ketinggian 110 meter.

No comments: