Saturday, January 29, 2011

Program Motivasi Murid, Ibu Bapa Tahun 6 2011


29 Januari 2011 (Sabtu): Hari ini berlangsung Program Motivasi Murid dan ibu bapa murid Tahun 6 2011. Bagi murid, program bermula pada pukul 8.00 pagi manakala bagi ibu bapa pula program bermula pada pukul 2.30 petang.

Motivasi disampaikan oleh En. Amin bin Idris pakar motivasi dari Idris Amin Training Consultant. (AITC). Kehadiran ibu bapa amat menggalakkan. Sepanjang program berlangsung, ibu bapa dan murid telah memberi fokus terhadap apa yang disampaikan.

Program ini merupakan satu program yang dirancang khas bagi murid Tahun 6 yang bakal menghadapai UPSR pada 13, 14 dan 15 September 2011. Ibu bapa juga dilibatkan sama agar mereka akan dapat memberi kerja sama dalam memainkan peranan membentuk keperibadian anak-anak.

Program ini memberi penekanan kepada murid untuk bersedia dari segi mental dan kerohanian iaitu kekuatan dalaman murid bagi menghadapi hari persekolahan amnya dan UPSR khasnya.






Tuesday, January 25, 2011

Cuti Sempena Tahun Baru Cina

Untuk makluman kepada ibu bapa / penjaga murid SK Seri Makmur,Sungai Besar, Selangor bahawa sekolah akan bercuti sempena sambutan Tahun Baru Cina 2011 mengikut siaran yang diterima oleh pihak sekolah dari Kementerian Pelajaran Malaysia rujukan no. KP/KPPM/5(65).

Sekolah akan mula bercuti pada 31 Januari 2011 hingga 6 Februari 2011. Sesi persekolahan akan bermula seperti biasa pada 7 Februari 2011.

Sekian, dimaklumkan.

Friday, January 21, 2011

Sesi Persekolahan Menggantikan Cuti Tahun Baru Cina

Berikut adalah waktu persekolahan berganti sempena Tahun Baru Cina 2011:

Tarikh cuti persekolahan : 31 Januari 2011
Tarikh ganti : 22 Januari 2011
Jadual waktu : Isnin
Masa persekolahan : sesi pagi; bermula 7.30 pagi hingga 12:20 tengah hari
sesi petang; bermula 12:25 tengah hari hingga 5.20 petang

Tarikh cuti persekolahan : 1 Februari 2011
Tarikh ganti : 19 Februari 2011
Jadual waktu : Selasa
Masa persekolahan : sesi pagi; bermula 7.30 pagi hingga 12.50 tengah hari
sesi petang; bermula 12.55 tengah hari hingga 6.20 petang

Tarikh cuti persekolahan : 2 Februari 2011
Tidak perlu diganti kerana pihak sekolah memohon cuti peristiwa.

Oleh itu, ibu bapa / penjaga dikehendaki menghantar dan mengambil anak tuan / puan pada waktu yang ditetapkan.

Wednesday, January 19, 2011

Mesyuarat Pengakap Daerah Sungai Besar 2011


19 Januari 2011 (Rabu): Mesyuarat Pemimpin Pengakap Daerah Sungai Besar, Selangor telah diadakan di PKG Sungai Besar. Kehadiran pemimpin-pemimpin pengakap yang bernaung di bawah pengakap Sungai Besar amat menggalakkan. Mesyuarat ini berlangsung dari pukul 2.30 petang hingga 5.00 petang.

Pelbagai perkara telah diincangkan. Antaranya ialah proses pendaftaran, program latihan dan sebagainya.

Tuesday, January 18, 2011

Mesyuarat AJK Pusat Sumber Sekolah Dan ICT 2011


19 Januari 2011 (Rabu): Hari ini telah berlangsung Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah dan Ahli Jawatankuasa ICT. Mesyuarat yang bermula pada pukul 12.15 tengah hari itu telah diadakan di Pusat Sumber Sekolah.

En. Aziz bin Samsuri GPK Pendidikan Khas telah mempengerusikan mesyuarat pada hari ini. Turut hadir GPK Kokurikulum Datin Siti Aminah Hay binti Abdullah. Mesyuarat berjalan lancar dan telah tamat pada pukul 1.20 petang.


Friday, January 14, 2011

Program Ramah Mesra Guru, Ibu Bapa Dan Penjaga Tahun 6 2011


15 Januari 2011 (Sabtu); Hari ini telah berlangsung Program Ramah Mesra Guru, Ibu Bapa Dan Penjaga Murid Tahun 6. Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi ini telah diadakan di Dewan SK Seri Makmur.

Seramai 181 daripada 215 orang penjaga telah hadir dalam majlis ini. Tahniah di atas komitmen yang diberikan oleh ibu bapa dan penjaga demi kecemerlangan anak-anak kita. Sebanyak RM1447.00 dapat dikumpul atas derma ikhlas yang dihulurkan oleh ibu bapa dan penjaga.

Dalam program ini ibu bapa dan penjaga diberi pendedahan tentang program-program yang dirancang oleh pihak sekolah untuk murid-murid Tahun 6. Semoga program yang dirancang nanti akan mendapat kerja sama yang baik daripada ibu bapa. Sesi soal jawab antara penjaga dan pihak sekolah dan PIBG juga turut diadakan.

Lensa kamera yang sempat diklik sepanjang program berlangsung:








Thursday, January 13, 2011

Selamat Datang GPK Petang ke SK Seri Makmur

Cikgu Abdul Samad Ismail dari kiri.
Hari ini saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada rakan seperjuangan saya, Cikgu Abdul Samad bin Ismail. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai GPK Petang SK Seri Makmur. Semoga beliau tidak menolak tawaran tersebut dan dapat melaporkan diri secepat yang mungkin bagi melicinkan lagi pentadbiran sesi petang.

Beliau adalah rakan yang saya kenali sejak bergelar guru pelatih di Maktab Perguruan Seri Kota. Kami pernah tinggal serumah sewaktu di maktab. Kemudian, kami ditemukan kembali di SK Pasir Panjang. Di sekolah ini, kami digandingkan bersama dalam team guru Tahun 6. Kegigihan, kerajinan dan ketekunan beliau telah menjadikan beliau terus kekal sebagai guru Tahun 6 hingga sekarang.

Walaupun saya berpindah sekolah, tetapi kami sering bertemu ketika menghantar Data SMM kerana beliau juga merupakan guru data di SK Pasir Panjang. Pengalaman dalam bidang data-mendata ini tentu boleh dimanfaatkan apabila beliau menjejakkan kami ke dunia SK Seri Makmur. ( Jangan takut..kami tak lantik kau jadi guru data di SKSM ni)

Dan...apabila beliau menjadi GPK Petang di SK Seri Makmur sudah tentu kami akan bertemu lagi...bertugas di atas satu bumbung. Yang penting saya dan beliau sudah tahu cara kerja masing-masing. walaupun beliau merupakan junior saya samasa di maktab, tetapi apabila berada di sini nanti..saya tetap menghormati beliau sebagai ketua saya ( Saya yang menurut perintah) he..he..he...

Akhirnya saya mengucapkan "Selamat Datang buat Cikgu Abdul Samad ke SK Seri Makmur"

Wednesday, January 12, 2011

Program Maju Diri Tahun 6 2011


13 Januari 2011, (Khamis): Hari ini telah berlangsung aktiviti Program Maju Diri bagi murid-murid Tahun 6 SK Seri Makmur. Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi itu telah berakhir pada pukul 1.20 tengah hari.

Program dijalankan di Dewan SK Seri Makmur di bawah kendalian Unit Kaunseling SK Seri Makmur. Tiga orang guru Kaunseling SK Seri Makmur bertugas menjayakan program PMD ini. Semoga motivasi awal ini dapat membuka minda mereka untuk berusaha bersungguh-sungguh agar mencapai kejayaan buakan sahaja dalam peperiksaan tetapi juga dalam sahsiah mereka.




Tuesday, January 11, 2011

Program Maju Diri (PMD) Tahun 5 2011


12 Januari (Rabu): Hari ini berlangsung Program Maju Diri untuk murid-murid Tahun 5. Program yang dilaksanakan oleh unit Kaunseling ini dikendalikan oleh 3 orang guru kaunseling SK Seri Makmur iaitu En. Mohd Azman, Pn Rohaizan Mohd Amin dan Pn Zalipah Omar.
Program ini diadakan di Dewan SK Seri Makmur. Semoga objektif yang dirancang untuk program ini akan mencapai sasarannya.






Monday, January 10, 2011

Program Maju Diri (PMD ) Tahun 4 2011


11 Januari 2011 : Hari ini telah diadakan aktiviti PMD bagi murid-murid Tahun 4. Program dijalankan di Dewan Sekolah SK Seri Makmur. Tiga orang guru Kaunseling SK Seri Makmur telah bertindak sebagai fisilitator.



Friday, January 7, 2011

Kutipan Yuran 2011 SKSM


8 Januari 2011 ( Sabtu) Hari ini diadakan aktiviti mengutip yuran sekolah dan yuran PIBG bagi tahun 2011. Kutipan yuran ini diadakan di Dewan SK Seri Makmur.

Setiap guru kelas diberi tanggungjawab mengutip yuran sekolah manakala guru pembantu akan mengutip yuran PIBG. Dianggarkan 75 % ibu bapa telah hadir menunaikan tanggungjawab mereka.


Bagi ibu bapa yang belum berkelapangan untuk menjelaskan yuran, mereka masih boleh menunaikannya pada hari persekolahan. Yuran perlu dibayar kepada guru kelas anak masing-masing. Namun begitu, guru kelas hanya diberi tugas mengutip yuran ini sehingga 31 Januari 2011 sahaja.


Selepas tarikh itu, ibu bapa yang masih belum menjelaskan yuran anak-anak perlu membayarnya terus ke pejabat sekolah.