Wednesday, June 29, 2011

Menandatangani Rekod Profil Pertengahan Tahun 2011


29 Jun 2011 (Rabu) : Hari ini telah berlangsung Program Menandatangani Buku Rekod Profil bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011. Kehadiran ibu bapa dan penjaga amat menggalakkan.

Bagi sesi pagi, program bermula pada pukul 10.30 pagi manakalan bagi sesi petang, program bermula pada pukul 3.30 petang.

Lensa sekitar sesi petang:








Tuesday, June 28, 2011

Program Kesedaran Keselamatan Sekolah Rendah Pertahanan Awam (PROKSPA)


28 Jun 2011 (Selasa) : Telah berlangsung Program Keselamatan Sekolah Rendah Pertahanan Awam (PROKSPA). Program ini telah berlangsung di Dewan SK Seri Makmur. Seramai 30 orang murid Tahun 1, 2 dan 3 telah dipilih untuk menyertai program tersebut. Seramai 5 orang pegawai dari Pertahanan Awam Daerah Sabak Bernam telah bertindak sebagai fisilitator dalam program tersebut.







Monday, June 27, 2011

Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Karnival Pendidikan Sabak Bernam 2011

Hari Informasi Menandatangani Kad Profil Pelajar

Hari Informasi Sekolah Kebangsaan Seri Makmur Sesi Pertengahan Penggal Persekolahan Tahun 2011 akan diadakan seperti surat siaran yang dilampirkan di bawah:

Saturday, June 25, 2011

Kuning Terus Unggul


25 Jun 2011 (Sabtu): Rumah Kuning terus unggul mengekalkan kejuaraan dua tahun berturut-turut dalam Temasya Sukan Tahunan SK Seri Makmur kali ke-40 yang berlangsung hari ini. Tempat ke-2 disapu oleh Rumah Merah selepas berjaya memintas Rumah Hijau yang menduduki tangga ke-3 manakala Rumah Biru terus kekal di tempat ke-4 sejak tahun 2010.

Acara yang bermula pada pukul 8.30 pagi itu dimulakan dengan upacara perbarisan oleh kontinjen yang mengambil bahagian. Ketua murid mengetua acara membaca ikrar kejohanan.


31 lagi acara telah berlansung pada hari ini. Kemuncak acara ialah perlawanan tarik tali akhir di antara Rumah merah dan Rumah Hijau. Majlis penutup telah disempurnakan oleh YDP PIBG SK Seri Makmur, En. Halim bin Masri tepat pada pukul 1.00 tengah hari.




Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat melaksanakan kejohanan pada kali ini. Perjalanan temasya yang lancar menandakan komitmen anda berikan cukup tinggi. Teruskan kecemerlangan ini.

Thursday, June 23, 2011

Saingan Semakin Sengit


23 Jun 2011 (Khamis): Hari kedua Sukan Tahunan SK Seri Makmur terus berjalan dengan lancar. Saingan antara rumah-rumah sukan semakin sengit. Masing-masing kejar-mengejar dalam pungutan mata.



Namun setiap rumah masih mempunyai peluang untuk menjuarai sukan pada tahun ini kerana Temasya Sukan Tahunan ini hanya akan berakhir pada 25 Jun 2011 iaitu pada hari Sabtu ini.


Wednesday, June 22, 2011

Aksi Bermula


22 Jun 2011 ( Rabu ) : Sukan Tahunan SK Seri Makmur membuka tirainya pada hari ini. Aksi-aksi awal telah bermula. Acara-acara awal akan berlangsung selama dua hari iaitu bermula pada 22 Jun 2011 hingga 23 Jun 2011.



Bagi sesi pagi acara bermula dari pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 10 pagi. Manakala bagi sesi petang acara bermula pada pukul 4.00 petang dan berakhir pada pukul 6.00 petang.

Tuesday, June 21, 2011

Program Motivasi Tahun 6 Sesi Ke-2



21 Jun 2011 ( Selasa ) : Hari ini telah berlangsung Program Motivasi Tahun 6 untuk sesi ke-2 yang dikendalikan oleh Amin Idris Consultant.

Ceramah disampaikan oleh En. Amin Idris. Program yang mengambil masa beberapa jam itu telah berakhir pada pukul 1.00 tengah hari.

Semoga semua murid Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada bulan September akan datang telah mendapat manfaat daripada program tersebut.

Wednesday, June 15, 2011

Kem Kecemerlangan UPSR 2011

Kem Kecemerlangan UPSR bagi murid-murid Tahun 6 SK Seri Makmur telah berlangsung selama dua hari bermula 14 Jun 2011 hingga 15 Jun 2011. Program tersebut telah diadakan di Politeknik Sultan Idris Shah, Sungai Lang, Sungai Air Tawar, Selangor.

Seramai 217 orang calon UPSR SK Seri Makmur 2011 telah didedahkan dengan teknik-teknik menjawab soalan UPSR. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk menyuntik semangat keyakinan diri dan semangat kecemerlangan kepada setiap calon UPSR.

Pelajar-pelajar juga diberi kesedaran mengenai tarikh peperiksaan yang semakin menjelang. Selain itu, program ini dibuat dalam bentuk kem agar dapat mewujudkan satu suasana di mana setiap murid dapat berkongsi pengetahuan dan melontarkan buah fikiran dalam suasana yang kondusif dan membina.

Semoga program ini dapat menyediakan murid dengan persediaan rohani dan mental yang mantap. Berdasarkan pengalaman lalu, kem seperti ini banyak membantu meningkatkan kecemerlangan yang amat membanggakan.

SK Seri Makmur Geemilang 2013.

Gambar tidak dapat disertakan kerana jurugambar HARAM SK Seri Makmur tiada di lokasi ketika program ini berlangsung.....heee...he..he...

Thursday, June 9, 2011

Hukum Amanah Saham Nasional / Amanah Saham Bumiputera


Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:
Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.

Sumber : www.islamituindah.my