Wednesday, October 26, 2011

Majlis Graduasi Tadika KEMAS Parlimen Sungai Besar


26 Oktober 2011 (Rabu): Hari ini telah berlangsung Majlis Graduasi Tadika Kemas bagi Parlimen Sungai Besar. Majlis telah diadakan di Dewan Seri Simpang Lima Sungai Besar.
Majlis yang bermula pukul 7.30 pagi ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hajjah Noriah binti Kasnon Timbalan Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air merangkap Ahli Parlimen Sungai Besar.

Anak bungsu saya Muhammad Khairul Rasyid turut terlibat dalam majlis ini. Tahniah diucapkan kepada Muhammad Khairul Rasyid kerana berjaya menghabiskan pembelajaran di Tadika Permata Hati, Taman Padu Permai.

Sunday, October 16, 2011

Jambori Di Udara (JOTA) Pengakap Dunia ke-54 / 2011


Jambori Di Udara (JOTA) Pengakap Dunia ke-54 /2011 peringkat negeri Selangor telah diadakan dari 14 Oktober 2011 hingga 16 Oktober 2011. PPM Daerah Sungai Besar telah diamanahkan sebagai tuan rumah bagi Jambori Peringkat negeri Selangor bagi zon utara.

Aktiviti ini telah diadakan di SMK Dato' Mustaffa , Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor. Seramai 49 orang peserta telah menyertai Jambori ini.

Yang Dipertua Majlis Pengakap Sungai Besar iaitu YB Puan Hajjah Noriah binti Kasnon telah melaksanakan majlis penutupan JOTA ini.

SK Seri Makmur turut menyertai Jambori DI Udara ini dengan menghantar empat orang ahli Pengakap Kanak-kanak Kumpulan 17 Sungai Besar.

Sunday, October 9, 2011

Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Tahun 2011 SK Seri Makmur

Tahap 1

Isnin : 17.10.2011

2.00 petang - 3.15 petang : Bahasa Melayu Penulisan

3.50 petang - 4.45 petang : Bahasa Melayu Pemahaman

5.20 petang - 6.20 petang : Pendidikan Jasmani & Kesihatan


Selasa : 18.10.2011

2.15 petang - 3.05 petang : Bahasa Inggeris Kertas 1

4.00 petang - 5.15 petang : Bahasa Inggeris Kertas 2


Rabu : 19.10.2011

1.00 petang - 1.40 petang : Matematik Kertas 2

2.25 petang - 3.25 petang : Matematik Kertas 1

4.00 petang - 5.00 petang : Pendidikan Islam / Moral


Khamis : 20.10.2011

2.15 petang - 3.15 petang : Bahasa Arab

4.00 petang - 5.15 petang : Sains


Jumaat : 21.10.2011

2.15 petang 4.15 petang : Pendidikan Seni Visual

5.30 petang - 6.30 petang : Jawi

Saturday, October 1, 2011

Perkhemahan Perdana 2011


2 Oktober 2011 (Ahad): Satu Perkhemahan Perdana 2011 telah diadakan di SK Seri Makmur. Perkhemahan ini telah berlangsung dari 30 September 2011 hingga 1 Oktober 2011 (Jumaat hingga Sabtu). Seramai 248 orang murid yang terdiri daripada murid Tahun 4 dan Tahun 5 telah mengikuti perkhemahan ini.


Sebanyak lima unit beruniform telah menyertai perkemahan ini yang terdiri daripada Pasukan Pengakap Kumpulan 17 Sungai Besar, Pasukan Bulan Sabit Merah, Pasukan TKRS, Tunas Puteri dan Puteri Islam.


Di samping murid-murid SK Seri Makmur, perkhemahan ini juga turut disertai oleh peserta dari SK Sungai Limau, SK Sungai Hj Dorani, SK Seri Utama dan SK Panchang Bedena. Justeru itu pihak PPD Sabak Bernam telah mengiktiraf perkhemahan ini sebagai perkhemahan peringkat daerah dan sijil penyertaan yang diperolehi telah dikeluarkan oleh pihak PPD Sabak Bernam.


Pelbagai aktiviti telah dijalan sepanjang perkhemahan ini. Antaranya membuat gajet, mendirikan khemah, masakan, pertolongan cemas, dan ikatan.

Dalam perkhemahan ini juga, setiap unit beruniform telah diberi satu slot khas untuk mendapatkan lencana bagi setiap ahli perkhemahan. Murid-murid yang berjaya melepasi ujian yang dijalankan akan dianugerahi lencana kemahiran.


Pada hari kedua perkhemahan, aktiviti dikendalikan oleh Jurulatih dari Pusat Kokurikulum Negeri Selangor. Seramai sepuluh orang Jurulatih telah bertungkus lumus menjalankan aktiviti flying fox dan paint ball.


Pada sebelah petang pula aktiviti kemasyarakatan telah dijalankan. Alhamdulillah aktiviti perkhemahan ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang dikehendaki.

Majlis Perasmian Penutup aktiviti perkhemahan ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Seri Makmur iaitu Puan Hajjah Hasnah binti Marwan.