Sunday, May 20, 2012

Kem Dengarlah Adikku

Hanya ucapan ribuan terima kasih yang dapat kami warga SK Binjai Jaya ucapkan kepada semua 27 orang mahasiswa UKM Eksekutif Hujung Minggu, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan kerana sudi memilih SK Binjai Jaya sebagai tempat menjalankan program.
Pada 19 - 20 Mei 2012, mereka telah melaksanakan Program Kem Dengarlah Adikku ; Selangkah Menuju Kejayaan di SK Binjai Jaya. Seramai 80 orang murid Tahun 5 dan Tahun 6 telah terlibat dalam program tersebut.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang dua hari satu malam mereka berkampung di SK Binjai Jaya. Kebanyakan aktiviti menekankan keyakinan diri di kalangan murid terlibat.
Pada hari kedua, ibu bapa murid turut dipanggil bagi mengisi slot murid bersama ibu bapa.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YDP PIBG Sk Binjai Jaya, iaitu En. Mohd Yatim bin Paat.
Majlis di akhiri dengan jamuan makan tengah hari di kantin asrama.
Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas budi baik anda semua. Semoga program ini dapat memberi impak yang positif kepada anak-anak SK Binjai Jaya. Semoga segala keringat dan wang ringgit yang anda curahkan tidak dipersia-siakan oleh mereka.

No comments: