Sunday, November 29, 2009

Temerloh Waterfront


Setelah beberapa hari bercuti di Temerloh...anak - anak sudah mula menampakkan kebosanannya. Yalah...berperap je di dalam rumah, sudah tentu membuatkan mereka mati kutu. Di Temerloh ni asyik hujan je...jadi tak dapat nak berjalan - jalan.
Apa pun pada petang tadi saya sempat membawa anak-anak bersiar-siar di Temerloh Waterfront. Gembira terpancar di wajah mereka. Dikesempatan ini juga saya membenarkan mereka menimba pengalaman menaiki bot penambang. Dengan bayaran RM20.00 mereka telah dibawa bersiar-siar menaiki bot menyusuri sungai Pahang dan sungai Semantan.
Oleh kerana Temerloh Waterfront ini terletak di pertemuan Sungai Pahang dan Sungai Semantan, jadi arusnya agak deras...tambahan pula keadaan air sungai yang agak dalam selepas hujan.
Anak-anak juga dapat melihat sendiri kehidupan penghuni rumah rakit. Di zaman serba maju ni, masih terdapat keluarga yang hidup di rumah rakit. Tapi jumlahnya mungkin sudah berkurangan. Yalah nasib manusiakan... mereka terpaksa kerana tidak mempunyai tanah...ataupun mereka memang selesa hidup begitu.


Rumah rakit yang masih terdapat di Temerloh,



Friday, November 20, 2009

Anugerah Kecemerlangan SK Seri Makmur 2009



19 November 2009, Khamis - Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar SK Seri Makmur telah diadakan pada hari ini. Acara tahunan ini telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Mokhtar bin Manijo Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Sabak Bernam.
Para pelajar yang berjaya telah dianugerahi sijil dan hadiah sebagai satu penghargaan kepada hasil usaha mereka selama ini. Semoga mereka akan terus cemerlang pada masa hadapan. Bagi murid-murid yang belum berjaya...ayuh tingkatkan usaha anda, agar anda akan menjadi salah seorang yang akan diraikan pada tahun hadapan. "Usaha Tangga Kejayaan.

Rakaman Kegembiraan:

Pasukan Kompang SK Seri Makmur menunggu ketibaan perasmi.


Tuan Guru Besar Puan Hajjah Sariah binti Sidek dan GPK Petang Puan Hajjah Nor Ayerzati binti Awang menyambut tetamu yang hadir.


Ucapan Perasmian oleh Tn. Hj. Mokhtar Manijo Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Sabak Bernam.


Tokoh Pelajar Prasekolah


Tokoh Pelajar Mithali Lelaki:Luqman Azim bin Arbain, Perempuan : Nor Filzati binti Mukdir


Tokoh Pelajar Cemerlang Kokurikulum Lelaki: Muhammad Faiz Fikri bin Ismail, Perempuan:Nur Ainan Najihah binti Mohd Sobari


Tokoh Pelajar Cemerlang Akademik Lelaki: Muhammad Amirul Hafiz bin Mohd Zulkifli, Perempuan: Nur Ain Nabilah binti Ash'ari


Tokoh Pelajar akan menerima hadiah iringan sebuah basikal sumbangan daripada PIBG.


Tokoh Pelajar SK Seri Makmur Tahun 2009 : Nur Nadiah binti Basir

Wednesday, November 18, 2009

Tahniah Di Atas Kejayaan UPSR 2009..49 Orang 5A



19 November 2009 ,Khamis- Tahniah di ucapkan kepada murid-murid SK Seri Makmur , Sungai Besar, Selangor kerana seramai 49 orang murid telah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2009.
Nampaknya segala hasil usaha dan penat lelah murid-murid serta guru-guru terutama guru-guru tahun 6 menghasilkan sesuatu yang memberangsangkan.
Kepada murid-murid yang tidak mendapat 5A juga diucapkan tahniah..kerana UPSR adalah permulaan untuk perjalanan yang masih jauh...
Setiap murid yang mendapat 5A telah menerima wang tunai sebanyak RM70 seorang... Slip keputusan dan wang telah disampaikan oleh En. Mokhtar bin Manijo Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar pada hari ini.

Murid-murid yang mendapat 5A pada tahun ini:



Sunday, November 15, 2009

Pening Lagi...Aku..



16 November 2009,Isnin- Setelah menempuh perjalanan berliku sejauh 60 km, akhirnya sampai juga saya bersama empat lagi rakan ke Hotel Rosa Passadena Brincang, Cameron Highland, Pahang. Untuk selama tiga hari dari 15 hingga 17 November 2009,kami guru-guru data SMM akan berkampung di sini bagi memantapkan lagi data SMM Daerah Sabak Bernam.
Fuhh..yooo..setelah proses installasi program Data versi 4 dilakukan..pening yang telah bersarang di kepala akibat perjalanan yang berliku bertambah perit apabila melihat banyak data yang telah dibuat di Data SMM versi 3.02 tidak dapat diconvert ke program baru.
Hah...nampaknya terpaksalah saya sekali lagi bersengkang mata untuk memasukkan data yang telah hilang itu...hai, bukan senang nak mengendalikan data murid seramai 1352 orang ni..silap-silap boleh bikin mereng kepala otak dibuatnya.
Apa pun yang penting syabar je lah...buat alon-alon lama-lama bereslah..kan..kan..

Klik Kamera di Rosa Passadena:

Kepala kembali pening apabila mendapati Data SMM versi 4 masih banyak ruang yang kosong

Noor Fadzliah dari SK Teluk Ru sibuk melengkapkan data SMM Versi 4

Bertanya khabar setelah lama tidak bertemu

Berehat di lobby hotel.

Cikgu Mohd Khusaini dari SK Pasir Panjang kusyuk memasukkan data....

Bergambar kenangan sebelum berangkat pulang. Dari kiri Ustaz Abdullah SK Sungai Leman,Cikgu Mohd Khusaini SK Pasir Panjang, Cikgu Mohd Yusof SK Simpang Lima, Cikgu Azhar SK Sungai Limau,dan saya Cikgu Zainon Abidin SK Seri Makmur.

Friday, November 6, 2009

Majlis Konvokesyen Tabika


7 November 2009,Sabtu- Hari ini anak ketiga saya iaitu Muhammad Firdaus terlibat untuk mengambil sijil sempena Majlis Konvokesyen dan Kecemerlangan Pelajar Tadika Kemas bagi Parlimen Sungai Besar. Majlis ini telah dilansungkan di Dewan Simpang Lima Sungai Besar, Selangor. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Puan Noriah binti Kasnon, Timbalan Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air merangkap ahli Parlimen Sungai Besar, Selangor.

Setelah dua tahun belajar di Tabika Permata Hati, Taman Padu Permai, Sungai Besar akhirnya anak saya Muhammad Firdaus dan rakan-rakannya dianugerahkan sekeping sijil...tahniah daripada ayah dan ibu. Terima kasih kepada guru-guru yang begitu sabar mendidik dan membimbing anak saya. Dipohon kemaafan di atas kesilapan dan kenakalannya..

Antara rakaman peristiwa:

Bersedia untuk mengambil sijil

Antara ibu bapa yang hadir

Beratur untuk mengambil sijil

Para pelajar bersama sijil yang diperolehi

Kenangan bersama ibu masing-masing

Muhammad Firdaus bersama sijil yang diperolehi

Kenangan bersama Muhammad Firdaus selepas mengambil sijil.

Wednesday, November 4, 2009

Lencana SK Seri Makmur



Hari ini saya akan ceritakan tentang Lencana SK Seri Makmur iaitu lencana sekolah yang keempat tempat saya berkhidmat.

Maksud Warna dan Lambang
1.Merah: Melambangkan semangat yang menyala-nyala, penuh keberanian menghadapi cabaran dalam mengejar cita-cita dan menuntut ilmu.
2.Kuning: Melambangkan rasa tanggungjawab dan kesungguhan dalam mencapai matlamat ilmu pengetahuan untuk dunia dan akhirat.
3.Hitam: Melambangkan perpaduan masyarakat, ibu bapa dan guru-guru serta kakitangan sekolah dalam usaha meningkatkan kejayaan dalam bidang pendidikan.
4.Putih: Melambangkan niat murni dan bersih hati dalam menuntut ilmu pengetahuan dan meninggalkan segala larangan.
5.Moto: USAHA JAYA; Setiap usaha yang bersungguh-sungguhakan pasti beroleh kejayaan.
6.Obor: Membawa maksud ilmu pengetahuan yang diperoleh adalah penerang dalam kehidupan.
7.Buku: Melambangkan salah satu sumber untuk mendapatkan ilmu yang berguna.
8.Tangkai padi bersilang: Memberi gambaran bahawa kebanyakan penduduk di kawasan ini adalah petani.
9.Perisai(Bentuk keseluruhan lencana): Melambangkan sekolah adalah merupakan pelindung atau pendinding diri pelajar-pelajar daripada sebarang anasir yang tidak sihat.

Tuesday, November 3, 2009

Bersantai di Wet World



1 November 2009, Ahad- Hari ini saya membawa anak-anak bermandi-manda di Wet World Shah Alam. Ya..lah, setelah seminggu memerah otak menghadapi peperiksaan akhir tahun elok juga dibawa bebudak ini berehat. Tambahan pula saya telah selesai memeriksa kertas peperiksaan akhir tahun untuk subjek yang saya ajar.

Bukan main seronok lagi bebudak ini bermandi manda. Sedar tak sedar, rupa-rupanya hampir tiga jam mereka berendam dalam air. Puhh..bukan main kecut lagi dibuatnya.. Beginilah bebudak zaman sekarang nak bermandi manda, terpaksa dibawa sampai ke bandar. Ia..lah masa zaman kita dulu kalau nak mandi terjun je dalam parit di depan rumah... sampai merah biji mata baru puas berkubang..