Saturday, January 23, 2010

Program Motivasi dan Ramah Mesra Ibu Bapa Tahun 6 2010



Hari ini 23 Januari 2010 (Sabtu)telah berlangsung kegiatan yang melibatkan ibu bapa dan penjaga murid-murid Tahun 6 SK Seri Makmur. Majlis yang diberi nama "Program Ramah Mesra Ibu Bapa / Penjaga Tahun 6 / 2010" telah diisi dengan ceramah motivasi.

Proram ini dilaksanakan sebagai salah satu aktiviti bagi meningkatkan pencapaian murid-murid Tahun 6 dalam UPSR 2010. Untuk melahirkan pelajar yang bermotivasi dan cemerlang kerja sama daripada ibu bapa amat penting. Justeru itu, pihak Jawatankuasa Pelaksana telah menjemput seorang ahli motivasi dari Institut Aminuddin Baki iaitu En. Dawi bin Ithnin Ketua Jabatan Hal Ehwal Murid dan kaunseling di IAB.

Intisari ceramah beliau banyak berkisar tentang kaedah yang perlu digunakan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Di mana kita sebagai ibu bapa perlulah mendidik anak mengikut zamannya. Hal ini demikian, anak-anak zaman ini telah terdedah dengan begitu meluas dalam bidang teknologi dan ICT.

Untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, strategi jangka pendek dan jangka panjang perlu dilaksanakan. Beliau begitu menekankan tentang kerja sama antara ibu bapa dan pihak sekolah. Tindakan di rumah dan di sekolah perlu selari agar tidak mengelirukan anak-anak. Beliau juga menekankan agar anak-anak diberi "tekanan" agar meningkatkan daya usaha mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi.

Kepada ibu bapa, beliau menyarankan agar melakukan tiga perkara ini: buatlah apa yang patut dibuat, berusahalah apa yang patut diusahakan dan berdoalah apa yang patut didoakan.

Beliau juga menyarakan agar kaedah ganjaran dan denda digunakan dalam mendidik anak-anak. Merotan adalah kaedah mendenda yang selari dengan kehendak Islam. Dalam memberi pujian pula, beliau menyarankan agar ibu bapa menggunakan kaedah jarak intim berbanding menggunakan jarak sosial semasa berkomunikasi dengan anak-anak.Bagi melakukan dendaan pula beliau lebih suka agar sikap negatif anak-anak itu digarap agar melahirkan natijah yang positif. Beliau memberi contoh tentang masalah anaknya yang suka merokok di asrama sekolah. Di mana beliau telah membenarkan anaknya merokok di rumah tetapi dengan syarat menjadi perokok yang berjaya. Kaedah beliau itu telah melahir anak yang merokok sehingga kini tetapi dalam masa yang sama menjadi seorang jurutera.

Beliau juga menekankan agar ibu bapa melaksanakan kaedah dengar, lihat, buat dan uji kepada anak-anak.
Dengar - bertanya kepada anak apa yang dipelajari hari ini. Biar anak bercerita tentang apa yang dipelajari. Ini membuatkan mereka dapat mengeluarkan semula apa yang telah mereka pelajari.
Lihat- lihat fizikal anak-anak. Kalau pakaian atau rambutnya tidak terurus itu melambangkan emosi mereka.Untuk mendapatkan fokus di bilik darjah beliau menyarankan agar anak-anak tidak dibenarkan bermain sehingga letih dan tidak tidur terlalu lewat. Anak-anak yang letih dan tidak cukup tidur tidak akan dapat memberi fokus terhadap P&P.
Buat- beri latih tubi kepada anak-anak.
Uji- biar anak bercakap tentang apa yang telah dipelajari. Idea-idea yang mereka keluarkan menunjukkan kefahaman mereka terhadap apa yang mereka pelajari.

Semoga aktiviti ini dapat meningkatkan kefahaman kepada ibu bapa dalam membimbing anak-anak ke arah kecemerlangan.

En. Dawi bin Ithnin Ketua Jabatan Hem Dan kaunseling IAB sedang menyampaikan ceramah

Antara ibu bapa yang hadir

No comments: