Saturday, September 18, 2010

Program Kurung


Pelik juga bunyi tajuk intri saya kali ini. Sebenarnya program kurung ini adalah satu program yang dilaksanakan khas kepada murid-murid tahun 6. Calon-calon UPSR ini telah hadir ke sekolah bermula dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 5.30 petang. Oleh sebab mereka tidak pulang pada waktu tengah hari, maka mereka dianggap telah dikurung di kawasan sekolah.

Itulah usaha yang dilakukan oleh guru-guru Tahun 6 selama 4 hari bermula dari hari Selasa 14 September 2010 hingga 17 September 2010. Pengorbanan yang dilakukan oleh guru-guru Tahun 6 dan murid-murid Tahun 6 ini sangat mengkagumkan saya. Mereka berkorban bukan sahaja cuti sekolah malahan mereka sanggup mengajar dan belajar walaupun orang lain sedang bergembira bercuti dan merayakan Aidil Fitri.


Semoga kerja keras dan komitmen yang begitu tinggi yang dilakukan oleh mereka akan menghasilkan impak yang membanggakan. Kami mendoakan agar semua calon UPSR 2010 akan menghadapai UPSR 2010 yang akan berlangsung pada 21 September 2010 hingga 23 September 2010 dengan tenang dan dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukankan dengan baik dan bersungguh-sungguh. Semoga anda semua meneruskan kesinambungan kecemerlangan sekolah ini yang telah dijana oleh generasi terdahulu.

Akhirnya, kepada 190 orang calon UPSR SK Seri Makmur 2010 diucapkan selamat 'Menghadapi Peperiksaan UPSR' Kejayaan anda kebanggaan kami.

1 comment:

ANAK JAWA said...

kurung cikgu jgn tak kurung!!!

semoga mereka berjaya dalm UPSR!!!