Friday, January 14, 2011
Program Ramah Mesra Guru, Ibu Bapa Dan Penjaga Tahun 6 2011
15 Januari 2011 (Sabtu); Hari ini telah berlangsung Program Ramah Mesra Guru, Ibu Bapa Dan Penjaga Murid Tahun 6. Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi ini telah diadakan di Dewan SK Seri Makmur.
Seramai 181 daripada 215 orang penjaga telah hadir dalam majlis ini. Tahniah di atas komitmen yang diberikan oleh ibu bapa dan penjaga demi kecemerlangan anak-anak kita. Sebanyak RM1447.00 dapat dikumpul atas derma ikhlas yang dihulurkan oleh ibu bapa dan penjaga.
Dalam program ini ibu bapa dan penjaga diberi pendedahan tentang program-program yang dirancang oleh pihak sekolah untuk murid-murid Tahun 6. Semoga program yang dirancang nanti akan mendapat kerja sama yang baik daripada ibu bapa. Sesi soal jawab antara penjaga dan pihak sekolah dan PIBG juga turut diadakan.
Lensa kamera yang sempat diklik sepanjang program berlangsung:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
cikgu zainon..mcm ada tersilap taip je.. takkan 181 daripada 115.. 115 org dari 181 kot..? ehehhe.. banyak sekolah rupanya buat perjumpaan dengan ibu bapa arini ye.. sktr tak mula lagi.. tp saya balik kl arini kakak ipar dan biras ke sekolah sebab perjumpaan dengan guru utk prog thn 6..
tq lieya..silap tekan papan kekunci. dah diperbetulkan.
Post a Comment