Monday, July 4, 2011

Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia


2 Julai 2011 (Sabtu): Program Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia telah diadakan di SK Seri Makmur. Program bermula seawal pukul 7.00 pagi. Selesai mengambil kedatangan semua murid berkumpul di hadapan Makmal Komputer untuk mengikuti secara langsung Upacara Perasmian oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Mahyuddin Yasin.





Larian dimulakan apabila murid-murid Prasekolah dan Tahap 1 telah dilepaskan. Kemudian diikuti oleh murid-murid Tahap 2. Selesai acara larian murid-murid diberi sarapan pagi. Selepas itu, acara senamrobik dijalankan dengan diketuai Pn. Rasyidah.




No comments: