Monday, July 25, 2011

Ribut Melanda SK Seri Makmur


25 Julai 2011 (Isnin): Lebih kurang pukul 1.00 pagi, Pekan Sungai Besar telah dilanda ribut yang kencang. Siulan yang amat nyaring begitu menakutkan, saya hanya mengintai keluar rumah melalui jendela cermin. Jika saya membuka pintu, sudah tentu hentaman ribut tersebut boleh menghuruharakan keadaan di dalam rumah.
SK Seri Makmur juga tidak terkecuali menerima tempias daripada tragedi ini. Mari kita lihat kesan yang berlaku di sekitar sekolah:
Tiga batang ariel TV di blok pentadbiran tumbang.

Beberapa bahagian di bumbung Blok Tahun 6 dan di Blok Tahun 4 telah diterbangkan angin. Begitu juga bumbung Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam turut diterbangkan angin.



Papan tanda peringatan menjaga keselamatan yang diletak dibucu padang telah tumbang manakala papan tanda keselamatan di padang mengalami kerosakan.


Siling di Tahun 2 Zamrud dan 4 Zamrud telah runtuh menyebabkan LCD yang terletak di situ juga turut jatuh. Mujurlah peristiwa ini berlaku pada waktu malam, jika tidak....

Sebuah soyok dan penutup tangki air terdampar di hadapan surau sekolah. Dikhabarkan kemungkinan soyok itu kepunyaan Majlis Daerah Sabak Bernam yang terletak lebih kurang setengah kilometer dari sekolah manakala penutup tangki air tidak diketahui tuannya.

Apa-apa pun...apa sahaja musibah yang diturunkan oleh Allah swt, tentu ada hikmahnya. Sama-samalah kita bermuhasabah diri ... kita masih diberi peluang...

1 comment:

Lieya said...

Subhanallah..salah 1 peringat dari Allah buat kita semua..