Friday, July 29, 2011

Bulan Ramadan Muncul Kembali


Diucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan buat semua pengunjung blog ini. Semoga kita akan memperolehi keberkatan di bulan yang mulia ini.

Ramadhan...
...di awalnya rahmah
... di tengahnya pengampuan
... di akhirnya pembebasan daripada api neraka

Selamat berpuasa.

Wednesday, July 27, 2011

Taklimat Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah


27 Julai 2011 ( Rabu ): Pukul 4.00 petang, satu Taklimat Analisis Peperiksaan Sekolah telah diadakan untuk guru-guru Tahun 2 dan Tahun 3 SK Seri Makmur.

Taklimat ini telah berlangsung di Makmal Komputer 1 SK Seri Makmur.



Taklimat disampaikan oleh Setiausaha Peperiksaan Sekolah SK Seri Makmur Puan Hajjah Kamisah binti Adenan.


Bertambah satu lagi kerja untuk guru... sekolah yang tidak mempunyai kemudahan internet bagaimana ya...

Murah Rezeki: Minum Milo Anda Jadi Sihat dan Kuat


27 Julai 2011 (Rabu): Hari ini murid-murid SK Seri Makmur sesi petang agak murah rezekinya kerana telah didatangi Syarikat Milo.



Semua warga SK Seri Makmur dapat membasahkan tekak dengan kelazatan milo yang penuh berkrim itu. Milo percuma ini tidak sama rasanya dengan milo yang kita buat di rumah kerana bancuhannya bersukat dengan sukatan yang telah disediakan oleh syarikat itu.


Lagi satu, walaupun lama dibiarkan, milonya tidak berkeladak seperti milo yang kita buat di rumah...separuh gelas penuh dengan keladak milo.


Akhirnya, warga SK Seri Makmur mengucapkan terima kasih kepada Syarikat Milo...kata orang tua-tua orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa..... Murid sesi pagi jangan mare ye.. tau...he..he..

Tuesday, July 26, 2011

SK Seri Makmur Bercuti: 1 Ogos 2011


26 Julai 2011 (Selasa): SK Seri Makmur akan bercuti ganti pada 1 Ogos 2011(Isnin). Dilampirkan surat siaran berkaitan perkara tersebut.

Percubaan UPSR 2011


26 Julai 2011 (Selasa) : Peperiksaan Percubaan UPSR 2011 akan dijalankan selama tiga hari bermula 26 Julai 2011 hingga 28 Julai 2011. Seramai 217 orang calon UPSR SK Seri Makmur tahun 2011 menduduki peperiksaan tersebut.

Dua pusat peperiksaan telah dibuka. Di dewan satu terdiri daripada murid Tahun 6 Zamrud, Tahun 6 Nilam dan Tahun 6 Topaz. Bagi dewan dua pula terdiri daripada murid Tahun 6 Delima, Tahun 6 Kecubung dan Tahun 6 Baiduri. Semoga mereka dapat menjawab soalan yang dikemukakan dengan baik dan seterusnya akan memperolehi keputusan yang cemerlang.

Monday, July 25, 2011

Ribut Melanda SK Seri Makmur


25 Julai 2011 (Isnin): Lebih kurang pukul 1.00 pagi, Pekan Sungai Besar telah dilanda ribut yang kencang. Siulan yang amat nyaring begitu menakutkan, saya hanya mengintai keluar rumah melalui jendela cermin. Jika saya membuka pintu, sudah tentu hentaman ribut tersebut boleh menghuruharakan keadaan di dalam rumah.
SK Seri Makmur juga tidak terkecuali menerima tempias daripada tragedi ini. Mari kita lihat kesan yang berlaku di sekitar sekolah:
Tiga batang ariel TV di blok pentadbiran tumbang.

Beberapa bahagian di bumbung Blok Tahun 6 dan di Blok Tahun 4 telah diterbangkan angin. Begitu juga bumbung Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam turut diterbangkan angin.



Papan tanda peringatan menjaga keselamatan yang diletak dibucu padang telah tumbang manakala papan tanda keselamatan di padang mengalami kerosakan.


Siling di Tahun 2 Zamrud dan 4 Zamrud telah runtuh menyebabkan LCD yang terletak di situ juga turut jatuh. Mujurlah peristiwa ini berlaku pada waktu malam, jika tidak....

Sebuah soyok dan penutup tangki air terdampar di hadapan surau sekolah. Dikhabarkan kemungkinan soyok itu kepunyaan Majlis Daerah Sabak Bernam yang terletak lebih kurang setengah kilometer dari sekolah manakala penutup tangki air tidak diketahui tuannya.

Apa-apa pun...apa sahaja musibah yang diturunkan oleh Allah swt, tentu ada hikmahnya. Sama-samalah kita bermuhasabah diri ... kita masih diberi peluang...

Thursday, July 21, 2011

Pemantauan Data SMM SK Seri Makmur 2011


21 Julai 2011 (Khamis): Hari ini Data Sistem Maklumat Murid SK Ser Makmur telah dipantau oleh tiga orang JU Data SMM Daerah Sabak Bernam. Pemantauan ini adalah bertujuan untuk Anugerah Kualiti Data SMM bagi Daerah Sabak Bernam.



Semoga ada sumbangan dari Unit Data SMM untuk menambah bilangan Anugerah Kualiti yang dirangkul oleh SK Seri Makmur bagi tahun 2011. Sama-samalah kita tunggu hasil usaha kita mengurus data SMM sama ada layak mendapat anugerah kualiti atau biasa-biasa aje..

Saturday, July 16, 2011

Gotong Royong Perdana SK Seri Makmur 2011


16 Julai 2011 (Sabtu) : Program Gotong-royong Perdana SK Seri Makmur telah dijalankan pada pagi ini. Program yang mendapat kerja sama daripada AJK PIBG SK Seri Makmur ini, telah bermula pada pukul 8.30 pagi.



Guru-guru dan AJK PIBG serta ibu bapa yang hadir telah dibahagikan kepada empat kumpulan. Bagi setiap kumpulan telah ditetapkan tempat dan kerja yang bakal dilaksanakan. Bagi guru lelaki melaksanakan tugas yang agak kasar iaitu seperti membina kolam ikan dan membuat pagar taman manakala bagi guru-guru wanita pula diberi tugasan mengecat kolong-kolong bunga.



Atas kerja sama yang diberikan, tugasan yang diberi telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tahniah untuk semua yang terlibat.

Wednesday, July 13, 2011

Gotong-royong di Ruang Linus


13 Julai 2011 ( Rabu ) : Pagi ini semua guru sesi petang telah bersama-sama bergotong royong di ruang yang dikhaskan untuk aktiviti Linus.Pelbagai aktiviti yang dilakukan seperti mengecat, membuat BBM dan menghias.


AJK Linus terpaksa meminta jasa baik guru-guru untuk membantu mereka kerana Linus akan dipantau pada hari Jumaat ini. Selama dua tahun berturut-turut Linus SK Seri Makmur telah berjaya mendapat anugerah kualiti. Semoga anugerah itu akan diperolehi sekali lagi.


Apa yang penting...Kerjaaa sama.

Monday, July 11, 2011

Penerangan Kesihatan Sistem Penghadaman


7 Julai 2011 ( Khamis ): Satu penerangan tentang kepentingan menjaga kesihatan sistem penghadaman telah diadakan di dewan SK Seri Makmur. Bagi Sesi pagi, aktiviti dilaksanakan pada pukul 12.30 tengah hari manakala bagi sesi petang program bermula pada pukul 1.25 petang.



Program ini dikendalikan oleh Syarikat Minuman Yakult. Penerangan tentang bakteria jahat dan bakteria baik yang berperanan dalam menjaga kesihatan usus sedikit sebanyak memberi kefahaman kepada murid-murid tentang pentingnya menjaga kesihatan sistem penghadaman.



Selesai sesi penerangan, semua murid menikmati minuman Yakult percuma seorang sebotol.


Latihan Kebakaran 2011 SK Seri Makmur


6 Julai 2011 ( Rabu ): Tepat pukul 9.00 pagi deringan loceng panjang telah berkumandang di seluruh pelusuk SK Seri Makmur. Ini menandakan satu situasi kecemasan sedang berlaku. Semua murid dalam keadaan teratur bergerak ke dalam kawasan padang sekolah.

Ini merupakan latihan kebakaran yang pertama kali diadakan bagi tahun 2011. Latihan menghadapi kebakaran perlu sentiasa diadakan bagi melatih murid-murid sentiasa peka terhadap sesuatu bencana terutamanya kebakaran yang mana jika terlalai sedikit boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

Tahniah kepada AJK Keselamatan yang dapat menjalankan tanggungjawab dengan cekap.