Wednesday, December 26, 2012
Tuesday, December 25, 2012
Thursday, November 22, 2012
Penantian Berakhir
22 November 2012 (Khamis): Alhamdulillah, harapan Asrama SK Binjai Jaya untuk mendapat seorang PPM Lelaki termakbul pagi ini, apabila En. Shahril bin Mid dari Shah Alam hadir ke sekolah untuk melapor diri. Ini bermakna, PPM Asrama SK Binjai Jaya yang telah dikosongkan oleh Pn Nurul sejak sekian lama akan terisi. Dengan ini murid-murid yang tinggal di asrama akan mendapat lebih perhatian dengan kehadiran En. Shahril ini. Unit HEM mengucapkan selamat datang ke SK Binjai Jaya kepada beliau. Semoga beliau dapat bertugas dengan gembira di sini.
Wednesday, November 14, 2012
Tuesday, November 13, 2012
Majlis Perpisahan Puan Hajah Hasimah Mokhtar
Majlis Jamuan Sempena Perpindahan Puan Hajah Hasimah binti Mokhtar Mantan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Binjai Jaya telah diadakan pada 5 November 2012 bertempat di Mutiara SeaFood Sungai Besar. Majlis yang bermula pada pukul 4.30 petang itu dihadiri sebahagian besar guru dan kakitangan SK Binjai Jaya. Majlis berjalan lancar walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai.
Sunday, October 28, 2012
Program Korban Taman Padu Permai 2012
28 Oktober 2012 (Ahad): Hari ini telah berlangsung Program Korban di Taman Padu Permai, Sungai Besar. Sebanyak tiga ekor lembu telah dikorbankan pada tahun ini. Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi itu telah selesai menjelang pukul 10.30 pagi. Dengan kerjasama yang diberikan oleh penduduk taman, program telah dapat dijalankan dengan lancar. Majlis berakhir dengan agihan daging korban kepada setiap ahli yang hadir dan sedikit jamuan sup tulang dan kari kambing menutup majlis korban pada tahun ini. Biro Agama Taman Padu Permai berharap program korban ini akan dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan.
Wednesday, October 24, 2012
Wednesday, October 10, 2012
Masih Tidak Dapat Dikesan !
Cik Izzati binti Saroni merupakan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) di Prasekolah SK Binjai Jaya, sehingga ke saat ini masih tidak dapat dikesan. Adalah menjadi harapan keluarganya, agar semua pelayar laman blog ini yang tahu di mana beliau berada atau mengesan di mana beliau berada agar dapat menghubungi keluarganya. Di sini saya sertakan maklumat yang saya salin dari facebook abang beliau.
"Saya abang kepada Izzati Saroni nak minta sapa2 yang menjumpai Izzati, atau menghubungi.. atau tahu di mana dia sekarang... boleh tolong hubungi saya dengan segera...
Dia hilang lebih dari 50 jam sejak jumaat 05.10.2012 dan langsung tidak dapat dihubungi... dia bersama 2 orang lelaki yang tak dikenali dalam lingkungan umur 25-30 tahun...
Sila hubungi ibu kami Pn Umi : 0132357134 atau saya sendiri di 0123298640 / 019-4799807 (syafiq) jika ada sebarang info @ terjumpa @ dpt dihubungi untuk kami menjejaki..
Minta tolong sgt2... dan SHARE kepada semua kenalan IZZATI.."
Tuesday, October 2, 2012
Bertugas di Sekolah Baharu
2 Oktober 2012 (Selasa): Bermula hari ini, Pn. Hajah Hasimah binti Mokhtar GPK Hem SK Binjai Jaya telah memulakan tugasnya di SK Sungai Nibung sebagai GPK Hal Ehwal Murid. Semua warga SK Binjai Jaya mendoakan agar Pn. Hajah Hasimah dapat terus menjalankan tugas di sekolah baharu dengan baik dan cemerlang.
Saturday, September 29, 2012
Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-15 SK Binjai Jaya
29 September 2012 (Sabtu): Hari ini berlangsung Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-15 SK Binjai Jaya Tahun 2012. Acara bermula dengan perbarisan lintas hormat. Upacara perasmian pembukaan kejohanan disempurnakan oleh En. Mohd Yatim bin Paat, YDP PIBG SK Binjai Jaya.
Sebanyak 32 acara sukan telah dijalankan pada hari ini. Perasmian penutup temasya kali ini telah disempurnakan oleh Datuk Hajah Noriah binti Kasnon, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air merangkap Ahli Parlimen Sungai Besar. Temasya kali ini diungguli oleh Pasukan Rumah Kuning apabila berjaya menjadi johan keseluruhan dan juga merangkul johan dalam acara perbarisan. Unit Kokurikulum SK Binjai Jaya merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua yang telah bersama-sama menyumbang ke arah kejayaan temasya sukan pada tahun ini. Tanpa kerjasama daripada anda semua sudah tentu temasya ini tidak dapat dilaksanakan dengan lancar dan jayanya.
Friday, September 28, 2012
Selamat Datang Cikgu Ahmad bin Mohamad Yatim2
24 September 2012 (Isnin): Pagi ini SK Binjai Jaya didatangi Guru Besar baharu iaitu Cikgu Ahmad bin Mohamad Yatim. Cikgu Ahmad merupakan Bekas Guru Besar SK Padang Jawa. Cikgu Ahmad bukan asing bagi warga SK Binjai Jaya kerana beliau sebelum ini pernah menjadi Guru Penolong Kanan Kokurikulum di SK Binjai Jaya. Warga SK Binjai Jaya mengucapkan selamat datang kepada beliau dan terima kasih kerana sudi untuk menduduki kerusi yang telah dua bulan setengah tidak berpenghuni itu.
Monday, September 24, 2012
Lawatan Ke Negeri Indera Kayangan
21 September 2012 (Jumaat): Seramai lebih kurang 40 orang murid asnaf beserta 4 orang guru pengiring telah mengadakan lawatan ke negeri Perlis Indera Kayangan.
Rombongan bertolak dari SK Binjai Jaya pada petang 21 September dan pulang pada 23 September. Selama lebih kurang dua hari berada di utara, beberapa tempat telah dilawati.
Antara tempat yang dilawati ialah Gua Kelam, Taman Ular dan Kebun Anggur.
Semoga hasil lawatan ini dapat menambah pengetahuan dan pengalaman kepada mereka. Terima kasih diucapkan kepada Lembaga Zakat Selangor yang telah menaja lawatan tersebut.
Thursday, September 20, 2012
Sukan Tara SK Binjai Jaya 2012
20 September 2012 (Khamis): Hari ini telah berlangsung Sukan Tara di SK Binjai Jaya. Acara berlangsung pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.
Sebanyak 32 acara akhir telah dilangsungkan pada hari ini. Antaranya ialah lompat jauh, lari terus, lari berganti-ganti dan acara sukaneka.
Hadiah-hadiah disampaikan kepada para pemenang oleh Guru Penolong Kanan SK Binjai Jaya.
Kerjasama daripada semua warga SK Binjai Jaya telah menjadikan Sukan Tara ini berjalan dengan lancar sebagai mana yang dirancang.
Monday, September 10, 2012
Selamat Menghadapai UPSR 2012
Selamat Menghadapi UPSR 2012 buat semua calon UPSR 2012, khasnya kepada 82 orang calon UPSR SK Binjai Jaya. Semoga anda dipermudahkan oleh Allah SWT semasa menjawab soalan. Seterusnya memperolehi keputusan yang cemerlang.
Thursday, September 6, 2012
Sambutan Hari Raya SK Binjai Jaya 20125
5 September 2012 (Rabu): Hari ini telah berlangsung sambutan hari raya aidil fitri peringkat SK Binjai Jaya. Satu jamuan hari raya telah diadakan di kantin sekolah. Majlis bermula pada pukul 4.00 petang dan berakhir pada pukul 6.00 petang.
Friday, August 31, 2012
Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan ke-55
31 Ogos 2012 (Jumaat): Selamat menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-55. Semoga Malaysia terus aman, maju dan makmur.
Logo Kemerdekaan Kerajaan Barisan Nasional.
Logo Kemerdekaan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.
Sebagai rakyat, kita perlu setia kepada negara kita. Kerajaan boleh bertukar, namun negara kita tetap satu. Yang penting kita perlu memberi kerja sama kepada kerajaan yang dipilih oleh rakyat demi memaju dan memakmurkan negara dan negeri tercinta.
Wednesday, August 15, 2012
Majlis Khatam Al-Quran SK Binjai Jaya
15 Ogos 2012 (Rabu) : Pagi ini telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran dan Sumbangan kepada anak-anak yatim SK Binjai Jaya. Murid - murid Tahun 5 Hidrogen telah terlibat dalam majlis khatam al-Quran ini. Majlis diadakan di Dewan Bestari SK Binjai Jaya.
Thursday, August 9, 2012
Tuesday, July 31, 2012
Latihan Kebakaran Siri 1 SK Binjai Jaya
31 Julai 2012 (Selasa): Pagi ini tepat jam 8.15 pagi deringan loceng panjang menandakan amaran kecemasan sedang berlaku di kawasan sekolah SK Binjai Jaya. Semua warga SK Binjai Jaya memberhentikan segala aktiviti rutin seharian.
Dalam keadaan beratur, murid-murid serta warga SK Binjai Jaya menuju ke padang sekolah mengikut laluan kecemasan yang telah ditetapkan. Alhamdulillah, dalam jangka masa yang telah ditetapkan, semua murid, guru dan pekerja sekolah telah berada di kawasan padang.Setelah mendapat laporan bilangan murid dan guru, guru dari Unit Keselamatan dan Kecemasan sekolah yang diketuai oleh En. Makhyuddin bin Abd Kahar telah menyampaikan taklimat.
Latihan kebakaran pada pagi ini, telah mencapai objektifnya, namun begitu diharap masa yang diambil untuk murid-murid mengongsian bangunan akan lebih cepat pada masa hadapan.
Wednesday, July 25, 2012
Bonus Setengah Bulan Gaji akan Dibayar 9 Ogos 2012
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.
Perdana menteri yang juga menteri kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan hari ini.
Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.
Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.
Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.
Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.
"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya.
Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara. - Bernama
Monday, July 23, 2012
Kempen Kibar Jalur Gemilang
17 Julai 2012 (Selasa): Telah berlangsung Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat SK Binjai Jaya. En. Shakir bin Mohamed Johar, GPK Kurikulum SK Binjai Jaya telah melancarkan kempen tersebut.
Acara dimulakan dengan bacaan doa diikuti nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor. Kemudian diikuti ucapan oleh En. Shakir bin Mohamed Johar. Sejurus selepas pelancaran, murid-murid dan guru menyanyikan tiga buah lagu patriotik dan diikuti deklamasi sajak bertemakan perjuangan oleh dua orang murid Tahun 5 Hidrogen.
Friday, July 13, 2012
Senamrobik 1M 1S 1M SK Binjai Jaya
10 Julai 2012 (Selasa): Pagi ini tepat jam 8.00 pagi, semua murid SK Binjai Jaya telah mengadakan Senamrobik. Dengan menjadikan video yang dipasang di tapak perhimpunan, semua murid mengikuti gerak yang ditunjukkan. Senamrobik yang mengambil masa lebih kurang 35 minit ini telah dapat dilaksanakan dengan begitu meriah dan jayanya.
Wednesday, July 11, 2012
Majlis Persaraan Tn Hj Abdul Latif bin Yaakop; Guru Besar SK Binjai Jaya
11 Julai 2012 (Rabu) : Hari ini berlangsung Majlis Persaraan Tuan Haji Abdul Latif bin Yaakop, Guru Besar SK Binjai Jaya. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin di Surau Al-Firdaus, SK Binjai Jaya. Kemudian para tetamu dijamu makan di Dewan Makan Asrama SK Binjai Jaya.
Acara di Dewan Seri Binjai dimulakan dengan ucapan daripada En. Shakir bin Mohamed Johar, GK Kurikulum SK Binjai Jaya, En. Mohd Yatim bin Paat, YDP PIBG SK Binjai Jaya, En. Mokhtar bin Manijo, wakil PPD Sabak Bernam dan seterusnya ucapan daripada yang diraikan Tuan Haji Abdul Latif bin Yaakop. Majlis di dewan diakhiri dengan penyampaian cenderamata kenangan daripada tetamu kepada Tn. Hj. Abdul Latif.
Monday, July 9, 2012
Terima Kasih Bank Rakyat
9 Julai 2012 (Isnin): Pagi ini pemain bola sepak SK Binjai Jaya yang menyertai Kejohanan Bola Sepak Tunas Cemerlang Bank Rakyat telah mendapat hadiah daripada pihak penganjur.
Hadiah disampaikan oleh En. Shakir bin Mohamed Johar GPK Kurikulum SK Binjai Jaya.
Saturday, July 7, 2012
Kejohanan Bola Sepak Tunas Cemerlang Bank Rakyat
7 Julai 2012 (Sabtu): SK Binjai Jaya telah menyertai Kejohanan Bola Sepak Tunas Cemerlang yang dianjurkan oleh Bank Rakyat Cawangan Sungai Besar. Sebanyak 16 pasukan telah bermain secara liga di dalam empat kumpulan. Dua buah padang telah dijadikan gelanggan permainan, iaitu padang SK Tun Dr. Ismail, Tebuk Pulai, Sabak Bernam dan padang SK Seri Utama, Sungai Besar. SK Binjai Jaya telah berjaya menjadi johan kumpulan D, apabila berjaya menewaskan SK Bagan Terap 1-0, menewaskan SK Ser Utaama B 2-0 dan seri 0-0 dengan SK Bagan Nakhoda Omar, Sungai Air Tawar. Namun kemaraan SK Binjai Jaya telah disekat apabila tewas kepada SK Sungai Nibong, Sekinchan dengan jaringan 0-2 di peringkat Separuh Akhir.
Friday, July 6, 2012
Majlis Pra Persaraan Tn. Hj Abdul Latif bin Yaakop
Petang Jumaat 6 Julai 2012, Satu Majlis Pra Persaraan Tn Hj Latif bin Yaakop Guru Besar SK Binjai Jaya telah diadakan di Hay Resort, Sabak Bernam, Selangor.
Semua warga SK Binjai Jaya telah dijemput untuk memeriahkan majlis yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan SK Binjai Jaya.
Turut dijemput adalah kakitangan yang pernah berkhidmat bersama beliau semasa di SK Binjai Jaya.
Majlis yang diadakan, walaupun sederhana tetapi meriah. Majlis Persaraan Tn. Hj Latif akan diadakan pada 11 Julai 2012 (Rabu).
Thursday, July 5, 2012
Kursus Pengurusan Kokurikulum
Bertempat di Bayu Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan, telah berlangsung Kursus Pengurusan Kokurikulum Untuk Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Rendah 2012. Seramai 72 orang GPK Kokurikulum dari daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak terlibat dalam kursus tersebut. Kursus yang berlansung dari 2 hingga 5 Julai 2012 ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Kursus selama empat hari ini bertujuan mendedahkan pengurusan kokurikulum kepada GPK Kokurikulum yang baru dilantik.
Friday, June 22, 2012
LADAP: Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti; Prosedur Kualiti



Friday, June 15, 2012
i-Think Accelerator Programme
Subscribe to:
Posts (Atom)