Wednesday, February 8, 2012

Badminton Membuktikan : Binjai Jaya Boleh


Pada 2 dan 3 Februari telah berlangsung Kejohanan Badminton MSSD Sabak Bernam. SK Khir Johari telah menjadi tuan rumah dalam kejohanan tersebut.

SK Binjai Jaya telah menghantar dua orang pemain perseorangan lelaki bawah 12 tahun iaitu adik Muhammad Aidil Afi bin Ismail dan adik Muhammad Hamizan bin Ismadi.

Tahniah diucapkan kepada adik Muhammad Aidil Afi bin Ismail kerana telah berjaya menjadi johan dalam Kejohanan tersebut manakala adik Muhammad Hamizan bin Ismadi terkandas di peringkat suku akhir.

Pada peringkat bergu pula, SK Binjai Jaya telah menghantar dua bergu lelaki iaitu pasangan adik Muhammad Aidil Afi dan Muhammad Hamizan dan satu lagi kumpulan bergu SK Binjai Jaya diberi kepercayaan kepada adik Muhammad Arif Iman bin Mat Said dan Muhammad Hamzah bin Ismadi.

Sekali lagi diucapkan tahniah kepada pasangan bergu Muhammad Aidil Afi dan Muhammad Hamizan kerana muncul sebagai johan dalam kejohanan tersebut.

Unit Kokurikulum SK Binjai Jaya mengucapkan sekalung tahniah kepada anda semua kerana telah mengharumkan nama SK Binjai Jaya sekali gus menyumbangkan pingat kedua dan ketiga untuk SK Binjai Jaya pada tahun 2012 ini.

Binjai Hebat.

No comments: