Thursday, February 9, 2012

Majlis Persaraan En. Abdul Halim bin Ismail


9 Februari 2012 (Khamis) : Pagi ini telah berlangsung Majlis Persaraan Encik Abdul Halim bin Ismail. Majlis diadakan di Dewan Seri Binjai, SK Binjai Jaya.

Majlis bermula dengan acara bacaan Surah Yassin di Surau Al Hidayah, SK BInjai Jaya diikuti dengan jamuan yang diadakan di Dewan Makan Asrama SK Binjai Jaya.

Acara diteruskan dengan ucapan oleh YDP PIBG SK Binjai Jaya, diikuti ucapan En. Shakir bin Mohamed Johar GPK Kurikulum yang mewakili Guru Besar yang tidak dapat hadir kerana masih dirawat di Wad Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam.

Yang diraikan telah didudukkan di atas pelamin semasa biodata En. Abdul Halim dibacakan. Seterusnya ucapan yang diraikan, En. Abdul Halim bin Ismail.

En. Abdul Halim merupakan guru yang paling lama berkhidmat di SK Binjai Jaya iaitu selama 27 tahun. SK Binjai Jaya merupakan sekolah kedua beliau sepanjang perkhidmatan sebagai seorang pendidik selama 32 tahun.

Selepas acara penyampaian hadiah, En. Abdul Halim bersalaman dengan warga SK Binjai Jaya sehingga ke pintu pagar utama sekolah.


Selamat Bersara diucapkan kepada En. Abdul Halim bin Ismail. Jasa dan pengorbanan cikgu tetap dalam ingatan dan sentiasa dikenang. Semoga cikgu terus bahagia bersama keluarga tercinta.

No comments: