Thursday, July 8, 2010

Hari Informasi SK Seri Makmur Julai 2010

Cikgu Kamarudin Awang berbincang dengan salah seorang ibu berkaitan pencapaian anaknya.

8 Julai 2010 (Khamis): Hari ini telah dilaksanakan Hari Informasi SK Seri Makmur Sesi Pertengahan Penggal Persekolahan 2010 bagi menandatangani Rekod Profil bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun. Aktiviti ini berjalan dengan lancar. Hampir 100 % penjaga telah hadir ke sekolah bagi mendapatkan maklum balas daripada guru-guru berkaitan prestasi anak masing-masing

Peluang yang ada ini tidak dilepaskan oleh ibu bapa untuk bertukar-tukar pendapat bagi mencari jalan bagi meningkatkan pencapaian anak-anak mereka. Sambutan yang menggalakkan ini mungkin disebabkan juga sekolah SRA Ehyaul Falah yang terletak bersebelahan turut mengadakan program yang sama pada hari ini. Justeru mereka mengambil peluang ini untuk melaksanakan tanggungjawab tanpa perlu lagi datang untuk berbuat demikian pada waktu yang lain.

Beberapa orang penjaga Tahun 1 Baiduri sabar menunggu giliran untuk bertemu dengan guru kelas anak masing-masing.

Seorang penjaga melihat keputusan peperiksaan anaknya.

Ada ibu bapa yang mengambil peluang membeli buku yang dijual di kawasan laluan gajah menyusur.

No comments: