Wednesday, July 6, 2011

Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010.


6 Julai 2011 (Rabu) : Telah berlangsung Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 bagi pegawai Perkhidmatan Pelajaran Daerah Sabak Bernam. Majlis telah diadakan di Dewan Al-Biruni SMKA Simpang Lima, Sungai Besar.

Majlis bermula pada pukul 2.45 petang dimulai dengan ucapan Pegawai Pelajaran Daerah Sabak Bernam Pn. Hajjah Shamsiah binti Haji Jamaluddin dan diikuti Ucapan Perasmian yang disampaikan oleh En. Salleh bin Kassim, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah mewakili Pengarah Pelajaran Selangor.

Seramai 215 orang Pegawai Pelajaran di daerah Sabak Bernam telah menerima APC pada tahun ini.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima khasnya kepada sembilan orang guru SK Seri Makmur iaitu:
1. En. Zainon Abidin bin Musa
2. Pn. Rohaizan binti Mohamed Amin
3. Pn. Lailiah binti Barok
4. Pn. Siti Norrasidah binti Md. Ramli
5. Siti Mariam binti Abdul Rahman
6. Pn. Nor Aini binti Husain
7. Pn. Anne Josfina @ Nuraini binti Jamaluddin
8. Pn. Kalsom binti Hasbollah
9. Pn. Mazurah binti Nasiran

1 comment:

mniz said...

Tahniah.... dan syabas...kepada semua penerima terutama kepada penyelaras-penyelaras mk....En. Saifullah, En Nazri & Zainon Abidin