Monday, September 5, 2011

Program Kepung 2011


5 September 2011 (Isnin): Mulai hari ini 5 September 2011 hingga 9 September 2011, satu program yang dinamakan Program KEPUNG telah dilaksanakan di SK Seri Makmur. Program ini melibatkan murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada minggu hadapan.

Dalam program ini murid-murid akan berbincang tentang kehendak soalan dan cara memberi jawapan yang betul semasa menjawab. Soalan-soalan yang dikutip dari Percubaaan UPSR dari negeri-negeri lain ini dibincangkan antara guru mata pelajaran dan murid-murid yang terlibat.

Program Kepung ini dinamakan sedemikian rupa kerana murid-murid Tahun 6 akan dikepung di kawasan sekolah dari 7.30 pagi hingga pukul 5.30 petang. Program ini telah dilaksanakan sejak beberapa tahun yang lalu, dan diharap dapat meningkatkan pencapaian murid - murid dalam peperiksaan UPSR pada tahun ini.

Sunday, August 28, 2011

Hanya Kad Pengganti Diri


Selamat Hari Raya Aidil Fitri diucapkan kepada semua yang mengenali diri ini. Maaf zahir dan batin.

Thursday, August 25, 2011

Penyampaian Sumbangan Hari Raya Kepada Anak Yatim Sesi Petang


25 Ogos 2011 (Khamis): Menjelang Syawal yang bakal tiba beberapa hari lagi, Unit Kebajikan Murid SK Seri Makmur telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya kepada anak-anak yatim SK Seri Makmur. Program yang turut dihadiri oleh Tuan Guru Besar SK Seri Makmur ini telah berlangsung pada pukul 3.00 petang.



Dalam ucapan yang disampaikan, Tuan Guru Besar turut mengingatkan agar murid-murid yang menerima sumbangan ini dapat menggunakan wang tersebut dengan sebaiknya.

Terima kasih diucapkan kepada semua murid dan warga SK Seri Makmur yang sudi menyumbang demi mengembirakan insan yang telah kehilangan tempat bergantung ini..

Friday, August 19, 2011

Majlis Berbuka Puasa dan Sembahyang Hajat 2011


18 Ogos 2011 (Khamis): Telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa dan Sembahyang Hajat khas untuk calon-calon UPSR 2011.

Program bermula pada pukul 6.00 petang dimulai dengan acara perasmian surau Saidina Abu Bakar iaitu surau SK Seri Makmur yang telah siap dibaikpulih.

Kemudian diikuti dengan acara bacaan tahlil untuk arwah-arwah ibu bapa kakitangan warga SK Seri Makmur.

Selesai majlis tahlil dan doa selamat, semua tetamu menikmati juadah berbuka puasa tepat jam 7.29 malam.

Selepas sembahyang fardu Maghrib, diadakan pula bacaan surah Yassin dan sembahyang hajat.

Sembahyang sunat Tarawih sebanyak 8 rakaat telah dilaksanakan sebelum majlis bersurai. Imam Masjid Jamek Makmuriah dijemput mengetuai aktiviti ini.

Kehadiran ibu bapa penjaga murid-murid Tahun 6, AJK PIBG dan warga sekolah amat menggalakkan dan diucapkan terima kasih di atas kerja sama semua pihak.

Sunday, August 7, 2011

Ujian Bulan Ogos 2011


8 Ogos 2011 (Isnin): Bermula hari ini 8 Ogos 2011 hingga 12 Ogos 2011, murid-murid SK Seri Makmur akan menduduki Ujian Bulan Ogos.


Walaupun nampak letih, namun murid-murid tetap bersemangat untuk menjawab soalan peperiksaan yang diberi.


Semoga mereka semua akan memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam ujian ini.

Wednesday, August 3, 2011