Friday, April 30, 2010

Sejarah Hari Pekerja

Bagi kebanyakan orang yang bekerja, sambutam Hari Pekerja atau Hari Buruh bermakna hari untuk bercuti dan berehat bersama keluarga dan teman.

Namun, tidak ramai yang tahu sejarah di sebalik kewujudan cuti umum ini yang diraikan bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia pada tanggal 1 Mei setiap tahun.

Hari Buruh sebenarnya bermula pada musim bunga tahun 1872 apabila pemimpin buruh Amerika Syarikat, Peter McGuire, mengetuai 100 000 pekerja yang tidak berpuas hati dengan masa kerja yang panjang dan upah yang murah.

Mereka mengadakan mogok dan berarak di jalan raya untuk menuntut supaya masa kerja yang tidak menentu dikurangkan dan ditetapkan kepada lapan jam sehari.

Tanggal 5 September 1882, menandakan perarakan hari pekerja pertama diadakan di New York di mana seramai 20 000 pekerja menyertai perarakan tersebut dengan slogan 'lapan jam kerja, lapan jam rehat, lapan jam rekreasi'.

McGuire mencadangkan supaya pekerja di Amerika Syarikat diberi cuti umum setiap Isnin pertama bulan September, iaitu tarikh Hari Pekerja yang disambut di Amerika Syarikat dan Kanada sehingga hari ini.

Pada 1 Mei 1886, 400 000 pekerja di Amerika Syarikat mengadakan demontrasi besar-besaran untuk memendekkan masa kerja. Demontrasi berakhir dengan kematian apabila menjadi mangsa kekerasan pasukan polis.

Selepas peristiwa hitam itu, Kongres Sosialis Dunia, pada Julai 1889, mengisytiharkan 1 Mei sebagai Hari Pekerja Sedunia dan menuntut semua negara menggubal akta supaya waktu kerja ditetapkan kepada lapan jam sehari.

Di Malaysia Hari Pekerja mula disambut dan diumumkan sebagai cuti umum pada 1972 oleh Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Dipetik dari sumber asal : akhbar Sinar Harian 1 Mei 2010.

2 comments:

sonata anak kancil said...

salam...banyak cuti2/peristiwa ni bermula dari negara barat...akhirnya kita dapat jugak cuti!

Cikgu Zailani said...

Tahniah...
Berita yg terkini akan
menaikkan lagi rangking blog ini di carian google atau yahoo....
KONGSI URL anda ada di www.skparitbaharu.blogspot.com
untuk komuniti yg lebih berkembang