Sunday, March 28, 2010

Misteri yang tak terungkai....



Hari ini saya nak berkongsi dengan rakan pembaca blog saya tentang satu mesteri yang tak dapat dicari jawapannya . ianya berkaitan dua keping gambar yang saya ambil di dua buah gua di Gunung Senyum.

Kalau diperhatikan kepada dua keping gambar tersebut, saya dapati ada yang turut serta dalam gambar tersebut...iaitu sebuah bulatan bercahaya bagaikan bulan purnama. Sekeping gambar tu betul-betul seperti ada bulan yang sedang mengambang penuh..agak terang. Manakala sekeping algi bulatan tersebut berada di betul-betul di kaki anak saya.

Saya tidak pasti, cahaya apa sebenarnya. Kalau diikutkan pada waktu gambar diambil...keadaan dalam gua agak suram dan kelam, kerana pada waktu itu hujan sedang turun di luar gua.

Mungkin pantulan cahaya dari kamera...tetapi kenapa hanya ada pada dua keping gambar sahaja?

Walaupun cahaya apa pun itu...saya harap tidak ada perkara yang buruk akan berlaku...kepada saya dan anak-anak.

Thursday, March 25, 2010

Menonton Drama Sebabak...

25 Mac 2010 - Hari ini saya dapat menonton drama sebabak di SK Seri Makmur. Waktu tengahari saya turun dari pejabat selepas mengesahkan kehadiran di mesin perakam waktu menuju ke Makmal Komputer. Waktu ini hujan masih renyai-renyai menandakan akan berhenti tidak lama lagi.

Sesampai di gajah menyusur di hadapan PPD Unit Akademik saya terdengar sedikit keriuhan di pintu pagar utama. Saya berhenti dan menumpukan perhatian ke arah pintu pagar A. Oh...rupa-rupanya seorang bapa sedang memarahi jaga yang sedang menjalankan tugasnya.

Dapat saya perhatikan gerak gaya lakonan lelaki separuh umur itu, dan dapat saya dengar ayat-ayat yang membertih keluar dari mulutnya serta aksi yang menunjukkan jari ke arah kepala. Sambil mulut terus menyemburkan kata-kata yang dapat saya dengar dari kejauhan...mungkin dia menggunakan volume 8 atau 9.

Oh..rupa-rupanya dia sedang memarahi jaga yang tidak membenarkan dia membawa kereta masuk untuk menghantar anaknya... atas alasan hari hujan...dia mahu kenderaannya dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah. Persoalannya benarkan alasannya itu? Kalau benar kenapa penjaga lain tidak meminta kebenaran yang sama untuk masuk ke dalam kawasan sekolah.?

Persoalan yang ingin saya utarakan di sini ialah tentang sikap. Saya tidak kisah tindakan penjaga itu yang betul atau ketegasan jaga itu yang perlu dipuji. Yang ingin saya kongsi bersama ialah tentang sikap kita. Apa yang dapat saya perhatikan penjaga ini begitu marah dengan tindakan pak jaga menghalangnya memasuki kawasan sekolah. Persoalannya...layakkah kata-kata kesat kita hamburkan kepada pak jaga itu kerana ketegasannya menjalankan amanah yang dipikulkan oleh majikannya.

Ya..la..walaupun kita memandang hina kerja sebagai seorang jaga ... tapi saya raya tidak patut kata - kata seperti yang diluahkan itu dihamburkan kepada mereka. Saya pasti ibu bapa jaga itu sendiri belum tentu pernah menghamburkan kata-kata kesat itu kepada mereka. Siapa kita???? yang dengan mudah menghina dan terus menghina orang lain...tanpa cuba menyelami apa pula perasaan kita apabila kata-kata itu dituju kepada kita di waktu di sekeliling kita begitu ramai orang yang sedang menonton lakonan kita.

Tak terfikirkah kita...lakonan kita itu sedang diperhatikan sendiri oleh anak kita yang sedang memerhati dan menilai diri kita. Sudah tentu mereka belajar sesuatu daripada aksi yang telah kita tontonkan. Tercapaikah matlamat kita menghantar anak ke sekolah untuk dididik menjadi insan yang baik dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain terutama kepada orang yang lebih tua daripada kita. Hakikatnya banyak pengajaran yang telah didapati oleh anak lelaki itu. Bagi saya, beruntunglah lelaki itu jika suatu hari nanti anaknya tidak menggunakan kata-kata itu kepadanya...dan andai kata suatu hari nanti anak ini menghamburkan kata-kata kesat kepadanya..janganlah salahkan dia kerana..kata orang..Bapa Borek sudah tentu anaknya Rintik.

Sekalung tahniah kepada pak jaga yang pertugas pada tengah hari itu. Kerana anda tidak menggunakan api untuk memadam api. Anda lebih bijak kerana tidak tertipu dengan alasannya...kerana jika betul hujan lebat...kenapa dia tidak basah kuyup ketika berada di luar kereta sewaktu mengaksikan lakonannya itu? Apa yang diperhatikan dia tak kisah pun dengan hujan rintik-rintik itu...Entahlah kalau anaknya memang tak boleh kena walau setitik hujan. Allahu alam..tak rajin pulak aku nak menanyanya.

Wednesday, March 24, 2010

Memanjat Gunung Senyum


19 Mac 2010 - Saya membawa anak-anak mendaki Gunung Senyum. Hutan Lipur Gunung Senyum terletak 40 km dari Temerloh. Aktiviti meneroka ke dalam gua yang terdapat di Gunung Senyum amat digemari oleh kami sekeluarga.

Walaupun kaki berasa lenguh meredah ke dalam gua-gua di sini, namun keindahan pemandangan yang terdapat di dalamnya amat mengkagumkan. Pelbagai bentuk rupa yang terdapat di dinding gua amat mengasyikkan.

Oleh kerana kehadiran kami di sini agak lewat iaitu pukul 4.30 petang, maka tidak ramai pelawat yang meneroka di gua ini. Ada tiga keluarga sahaja yang datang pada petang ini. Namun di sebelah kawasan perkhemahan terdapat sekumpulan remaja mungkin dari IPT sedang berchamping di sini. Mereka sedang melakukan Flying Fox.

Agak menyeramkan juga...jadi saya mengambil keputusan tidak mahu meredah terlalu jauh ke atas. tambahan pula, semakin tinggi, perjalanan semakin sukar. Setelah sampai ke gua keempat, saya membawa anak-anak turun semula. Tak berani untuk mengambil risiko meredah jalan pintas untuk ke Gua Makam Tok Long dan Gua Silat yang terletak di sebelah bertentangan.

Saya mengikuti laluan jauh...tetapi disediakan tangga untuk sampai ke Makam Tok Long dan Gua Silat. Agak malang, saya tidak dapat merakamkan kenangan di Makam Tok Long dan Gua Silat kerana bateri kamera tiba-tiba habis.

Moh ikut koi...

Untuk ke kawasan pergunungan kena melintasi sebuah tasik dahulu.

Mula untuk memasuki gua. Hujan renyai ketika kami sampai di pintu gua pertama ini.

Di Gua Angin. Berada di gua ini, kita dapat merasai tiupan angin yang agak sejuk. Mungkin ada lubang angin yang berhubung dengan gua ini. Sungguh mengkagumkan...walaupun tidak kelihatan dari punca mana datangnya angin...tetapi tiupannya yang menyejukkan dapat dirasa dengan jelas.

Gua Terang Bulan. Di gua ini suasana agak kelam bagaikan berada di waktu malam sewaktu bulan mengembang penuh. Itulah sebabnya, gua ini dinamakan Terang Bulan agaknya.


Tidak pasti apa nama gua ini. Di sini pemandangan amat mengkagumkan kerana seolah-olah kita berada di dasar laut yang di penuhi dengan batu karang. Batu-batu yang berada di sini menyerupai batu karang. Sungguh indah sekali. Yang menghairankan terdapat begitu banyak kulit siput dan kerang-kerangan di gua ini. Seolah-olahnya tempat ini pernah berada di dasar laut pada masa lampau. Kalau dilihat kepada situasi di sini..seolah-olah memang tempat ini asalnya adalah dasar laut.

Menyeberangi jambatan gantung untuk melintasi tasik menuju Gua Makam Tok Long.

Terpaksa menaiki anak tangga yang curam untuk sampai ke Gua Makam Tok Long. Di Gua Makam Tok Long terdapat sebuah kubur yang dikenali dengan nama Makam Tok Long. Diceritakan seorang pemuda telah berkahwin dengan seorang puteri bunian. Pemuda tersebut telah pulang ke kampung selepas perkahwinan tersebut...tetapi dia terlalu asyik di kampungg hingga terlupa isteri yang ditinggalkannya. Apabila dia kembali, isterinya sudah tiada. Dia berasa sedih dan terus menanti di situ sehingga meninggal dunia lalu di makamkan di gua itu.

Saya dan anak-anak meneruskan pendakian ke Gua Silat. Gua silat merupakan sebuah gua yang rata dan bersih. Keadaan di gua yang sentiasa bersih itu seolah-oleh gua ini sentiasa dijaga. Terdapat kesan tapak kaki di dinding gua kesan daripada mereka yang berlatih bersilat di sini. Luas gua ini 15 x 10 m.

Di gua ini anak-anak sudah mula bertelagah. Anak sulung sudah mulai takut..tetapi anak kedua berkeras untuk meneruskan pendakian. Saya mengambil keputusan untuk kembali...kerana jam sudah menunjukkan hampir ke angka 6. Lagipun pendakian saya tidak dilapor ke pegawai perhutanan yang terdapat di situ. Jika berlaku apa-apa di dalam keadaan yang semakin petang..akan menyusahkan. Lantas kami semua pun turun semula.

Itulah pengalam saya dan anak-anak selama 2 jam setengah di Gunung Senyum. Untuk sampai ke puncak...masa yang diperlukan ialah 6 jam 40 minit dengan diiringi jurupandu.

Tuesday, March 23, 2010

Melayan Hobi Anak...


Hari ini 18 Mac 2010...Saya terpaksa melayan hobi anak -anak.Pagi seperti biasa saya akan ke bandar Temerloh. Anak-anak ajak ke kedai menjual pancing. Hah...itulah hobi anak-anak saya iaitu memancing.

Setelah selesai membeli pancing terus balik ke rumah. Sebelah petang anak-anak tak sabar nak ajak pergi memancing. Saya terpaksa menemankan mereka pergi memancing demi keselamatan. Ya..lah..anak-anak semua tak pandai berenang. Jadi nak tak nak terpaksalah mengikut karenah mereka. Dah hobi dia orang kan..nak buat macam mana.

Saya dan anak-anak turun ke tebing sungai Pahang. Dah lama tak hujan..air sungai agak tohor. Kami pergi ke salah sebuah jamban..(istilah orang Temerloh bagi rakit kayu balak yang digunakan untuk mandi dan mencuci semasa air paip masih belum ada dahulu)Tapi sekarang rakit ni dah dibuat menggunakan tong tidak lagi kayu balak.

Jadi dengan penuh sabar... aktiviti memancing pun dimulakan...

Dengan penuh kesabaran..anak-anak memancing di Sungai Pahang. Sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia..dah tentu ikan pun panjang-panjang.


Dua orang tu...dah mula nak masuk ke sampan. Dah boring lah tu..


Setelah sejam..anak-anak sudah mula bosan..

Akhirnya kami pulang...dengan hasil yang diperolehi. Jangankan ikan patin, tapah , udang galah, ataupun krai. ...anak seluang pun tak dapat.

Itulah pengajaran kepada anak-anak...walaupun telah berusaha...tetapi tidak mestinya apa yang diinginkan akan diperolehi. Tapi yang penting anak-anak dapat bersabar semasa menanti mata kail dimakan ikan. itu lebih penting...Kata orang Sabar Itu Separuh Daripada Iman.

Nampaknya...besok terpaksalah ke Pasar temerloh lagi...memancing di situ lagi mudah dapat...dari anak seluang hingga ke jelawat...macam-macam ada......

Monday, March 22, 2010

Moh Ghi Berkelah...


Pada 17 Mac 2010 yang lalu, koi (saya) bawa anak - anak koi pergi berkelah. Emmm...kali ini destinasi yang koi pergi ialah Hutan Lipur Lentang.

Cuti sekolah kali ni, koi balik ke Temerloh. Jadi sambil-sambil berehat tak tahu nak buat apa-apa, lebih baik isi masa dengan berkelah. Hutan Lipur Lentang adalah tempat yang agak hampir dengan Temerloh..jadi redah je lah ke situ. Anak-anak pun tak banyak songeh...ikut je...janji dapat bermandi manda.
Sedap juga berendam dalam sungai ni. Dua tiga jam pun tak terasa...otak pun rasa lapang je...

Biasalah..kalau dah lama berendam, perut pun jadi kembang. nasi goreng yang dibawa dah tinggal bekas je. Apa lagi ... terpaksalah belasah roti berinti aiskrim. Itu je yang dapat mengisi nyanyian si perut tu...
Semua dah kepenatan...mohlah kita balik...rodong koi yang sorang tu tak mboh mandi...jemu gile lah dia menanti kami.Apa-apa pun aktiviti seperti ini dapat merapatkan lagi tali ukhuah antara koi sekeluarga. Maaflah...sempena bercuti di Pahang ni koi kenalah menggunakan beberapa istilah orang sana...koi pun bukan reti sangat...sepatah dua je...kek nya kita belasah je dulu...kalau salah nanti dia orang betulkan lah....kan...kan...

Sunday, March 21, 2010

Seorang Lagi Melangkah Pergi


Apabila sesi persekolahan dibuka Isnin ini, seorang lagi guru SK Seri Makmur akan meninggalkan kami. Cikgu Yusnizam bin Mohd Yusof akan bertukar ke SK Batu Belah, Klang.

Beliau diarahkan memulakan tugas di sekolah baru tersebut bermula 16 Mac 2010. Sebelum meninggalkan SK Seri Makmur, sempat juga kami mengadakan satu majlis ringkas bagi meraikan beliau. Semoga beliau terus gigih dan ceria dalam menjalankan tanggungjawab di sekolah baru.

Walaupun baru dua bulan lebih kami mengenali beliau...tapi apakan daya demi kepentingan perkhidmatan, dengan rela hati kami lepaskan beliau pergi. Beliau yang baru melaporkan diri pada Januari 2010 merupakan guru yang ke-5 meninggalkan SK Seri Makmur untuk tahun 2010 ini. Mungkin selepas ini akan ada lagi yang akan menurut jejak langkah beliau...siapa dia...tunggu je lah...

Bagi kami yang tinggal...terutama guru-guru sesi petang, yang pasti sesi persekolahan yang bakal menjelang Isnin ini...akan memberikan penambahan dalam minit mengajar...emmm sabar je lah...

Guru Kanan Petang Pn. Hajjah Nor Ayezati binti Awang menyampaikan cenderamata kepada En. Yusnizam.

Pn. Hanayanti binti Muner menyampaikan cenderamata daripada guru-guru Tahun 2.

Friday, March 12, 2010

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2010 Sesi Petang


12 Mac 2010 (Petang Jumaat) Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SK Seri Makmur Sesi Petang telah diadakan tepat pada jam 2.30 petang. Majlis ini telah dilangsungkan di Dewan Seri Makmur.

Pada sesi petang, ceramah disampaikan oleh penceramah jemputan Ustaz Mohd Kumberad bin Sadikan dari SRA Bagan Terap. Sambutan majlis ini adalah bertujuan untuk memperingati kelahiran junjungan besar nabi Muhammad saw dan mengambil iktibar daripada sejarah nabi junjungan umat ini.

Selesai sesi ceramah, murid - murid dijamu dengan jamuan ringan di kantin sekolah.

Ustaz Mohd Kumberad bin Sadikan sedang menyampaikan ceramah. Ceramah berkisar tentang kelahiran nabi Muhammad saw.

Murid lelaki kusyuk mendengar riwayat kelahiran nabi yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Kumberad.


Murid perempuan juga begitu kusyuk mendengar ceramah.

Murid-murid perempuan sedang menikmati jamuan.

Best juga ada majlis macam ni...dapat juga kita makan free.

Thursday, March 11, 2010

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2010 Sesi Pagi


12 Mac 2010 (Jumaat) Pagi ini telah diadakan sambutan Majlis Maulidur Rasul Peringkat SK Seri Makmur bagi sesi pagi. Majlis ini diadakan di Dewan Seri Makmur seawal 7.30 pagi.

Tentetif dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan berselawat. Kemudian diikuti dengan ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh penceramah jemputan Ustaz Nasri bin Jajuli dari SAM Pasir Panjang.

Ceramah yang menarik dengan dibantu peralatan ICT itu telah memikat hati para pelajar termasuk pelajar dari Prasekolah dan Pendidikan Khas.

Setelah selesai sesi ceramah, semua murid dijamu dengan jamuan di kantin sekolah.

Ceramah disampaikan oleh Ustaz Nasri bin Jajuli dari SAM Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor.

Para pelajar kusyuk mendengar cerah tentang riwayat hidup baginda saw.

Murid-murid menjamu selera di kantin setelah selesai mendengar ceramah.

Aizat dan Salam...emmm..sopannya makan, orang lain dah lama siap dia masih dok mengunyah lagi..Ya la baru dengar ceramah...kena kunyah 40 ka x baru boleh telan..

Minggu Ujian



Minggu ini merupakan minggu ujian bagi murid-murid SK Seri Makmur. Ujian Bulan Mac ini berlangsung dari 8 Mac 2010 (Isnin) hingga 12 Mac 2010 (Jumaat)

Setelah mengikuti sesi pembelajaran selama dua bulan, maka kini tibalah masa untuk menguji tahap pemahaman murid-murid. Bagi murid Tahun 1, mereka juga telah menjalani Ujian Bulan Mac ini walaupun baru minggu lepas mereka diuji dengan Ujian LINUS.

Semoga ujian ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai apa yang diharapkan. Selamat menduduki ujian kepada semua anak didik SK Seri Makmur. Semoga anda memperolehi keputusan yang cemerlang.

Bersungguh-sungguh murid tahun 1 Baiduri ini menjawab soalan. Walaupun baru mencecah tiga bulan tetapi mereka sudah melalui tiga kali ujian. Awal tahun dahulu mereka telah menjalani ujian KIA2M...belum keputusannya dianalisa dan dilaksana, terpaksa dibakulsampahkan apabila arahan ujian LINUS pula dilaksanakan. Belum keputusan Ujian LINUS diperolehi, mereka terpaksa pula mengharungi ujian Bulan Mac...Semoga mereka tabah menghadapinya.

Jawab betul-betul tau...jangan main hentam je.

Tekun menjawab soalan yang diberi.

Tuesday, March 9, 2010

Nostalgia...Teratak Riverview...Susah Senang Kuharungi Jua..



27 Februari 2010 ( Petang Sabtu ) Tepat jam 2.00 petang, ahli-ahli perkhemahan telah siap sedia di tapak perhimpunan. Semuanya tidak sabar-sabar lagi untuk mengikuti aktiviti Kembara atau dalam bahasa jawanya 'Jungle Treking'.

Setelah semuanya sudah sedia, kami pun membuka langkah memulakan perjalanan. Perjalanan agak lembab di jambatan gantung sebab hanya 10 orang sahaja yang boleh menyeberang dalam satu satu masa.

Pengembaraan ini merupakan pengalaman yang pertama kali buat kebanyakan daripada kami. Kami mengambil masa selama 4 jam untuk sampai semula ke tapak perkhemahan. Segala letih dan penat dan apa yang telah kami lalui telah menjadi satu nostalgia yang terpahat di dalam sanubari.

Moh kita lihat apa yang terjadi disepanjang pengembaraan ini....

Inilah barisan kita yang ikhlas berjuang...Ya la....kau rasalah nanti....he..he...he...

Cabaran pertama- Murid-murid berendam dalam anak sungai dalam kumpulan masing-masing. Satu soalan dikemukan oleh Jurupandu bagi diselesaikan oleh mereka. Soalan yang mudah..."Apakah benda yang paling berharga yang terdapat di dalam sungai pada ketika ini?" Setiap wakil membentangkan jawapan...hampir semua memberi jawapan yang sama iaitu air sungai yang tidak tercemar, ikan yang terdapat di dalamnya. Jawapan sebenarnya....benda yang paling bernilai yang terdapat di dalam sungai ketika ini ialah.... diri murid itu sendiri. Oleh itu kita hendaklah menghargai diri kita sendiri serta setiap insan yang ada di muka bumi ini tanpa mengira darjat dan kedudukan.

Cabaran kedua. Murid-murid terpaksa meredah jalan yang berselut. Mula-mula agak berhati-hati sebab takut kotor. Tapi apakan daya tiada pilihan lain...terpaksa redah juga selut tu. Kotor pun kotorlah setakat kaki aje.

Cabaran ketiga. Murid terpaksa melalui kawasan berlumpur separas pinggang. Emmm..tadi takut sangat kasut kotor...haaaa..sekarang terpaksa pula meredah selut sampai ke pinggang. Dah tak hairan dengan pakaian lagi.

Cabaran keempat. Ha...ini lagi hebat. Selut dah sampai ke dada. Jangan haraplah nak jadi juara baju terbersih. Minta maafla...tak kan dapat punya. Murid-murid berenang untuk melepasi laluan ini. Nak tak nak terpaksa buat...kalau tidak kena tinggal sorang-sorang dalam hutan ni..

Alahai..tak pernah ku rasa...seksanya mengharung jalan berselut begini.

Jangan lah aku tergolek jatuh ...malu kat kawan-kawan.

Fulamakk...rasa juga aku jadi buaya hari ni...

Oh..best...rugi tak cuba.... eeleh...dalam hati kami tau.....


Cabaran kelima. Terpaksa berenang secara kumpulan bertiga. Di sinilah murid-murid ditanamkan semangat setiakawan. Walau pun terpaksa tertelan air yang berselut ini ... kawan-kawan tidak ditinggalkan keseorangan. Ketiga-ketiga perlu sampai ke destinasi bersama-sama. Semangat tolong-menolong inilah yang perlu diamalkan. Termasuk semasa sesi pembelajaran...kawan yang lemah perlu dibantu...agar sama-sama mengecapi kejayaan yang cemerlang.

Alahai..Shahaziq oi..awat hang pi menyelam dalam lumpur tu...hang tak tau ke..itik pun tak mau menyelam kat sini...

Ini apahal budak tiga orang nie...kalau iya pun nak mandi carilah tempat yang sesuai...ini tempat kerbau berkubang la...

eeeee.ada ikan haruan la kat sini....apa pulak ikan haruan....dalam hutan begini ikan tapah la...


Tahniah...anda semua telah berjaya mengharungi segala rintangan. Selepas ini kamu akan saya benarkan mandi di anak sungai yang terdapat di hadapan kita...itulah kata-kata jurupandu yang juga merupakan Pengurus Teratak Riverview.

Hah inilah yang paling dicari. Air sungai yang bersih dan jernih. Satu jam murid dilepaskan diri. Masing-masing mengambil peluang membersihkan diri. Setelah mengharungi air-air kotor berselut dan berlumpur...dapat juga menikmati impian yang bersarang di hati ... iaitu air yang mengalir jernih dan bersih. Itulah matlamat pengembaraan ini... berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian. bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Jika kejayaan dan kecemerlangan yang ingin dikecapi, maka kita perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh. Segala halangan dan cabaran perlu dihadapi dengan semangat yang membara.



Setelah selesai membersihkan diri...ah..barulah nampak macam muka orang sikit. Bersedia untuk memulakan perjalanan pulang ke khemah. Tapi...tiga orang rakan kita dah kehilangan kasut. Tu..la...mandi tak ingat dunia...kasut pun boleh dilarikan dek arus.

Semoga pengembaraan ini memberi pengalaman yang bermakna kepada kami semua.